Dengan Berbesar Hati..


Cinta Putih Cinta Hitam


“Laurette? Oh Laurette, akhirnya aku jumpa juga dengan kau. Lama aku cari kau. Terima kasih tuhan, Kau temukan aku dengan dia setelah sekian lama”, ujar seorang lelaki yang umurnya kira-kira lewat dua puluhan sedang merangkul erat tangan seorang gadis yang daripada penampilannya, semua yang tidak mengenalinya pun pasti akan mengagak bahawa dia gadis kelahiran kota metropolitan, atau mungkin berasal daripada golongan bangsawan. Anak matanya yang berona coklat muda itu merenung lelaki tersebut yang pakaiannya sudah koyak-rabak dan sangat comot.

“Hei! Kau siapa? Aku tak kenal kau. Eii.. kotor lah. Pergi sana!”, tengkingnya segera menarik kasar tangannya. Lelaki tadi tersentak. “Laurette, kau tak kenal aku ke? Ni aku, Carl, kau dah tak kenal? Mungkin aku dah lain dari yang dulu, kau tak kenal aku. Tengok betul-betul. Ini Carl, Laurette” lelaki tersebut masih mencuba untuk meyakinkan gadis tadi bahawa mereka saling kenal.

“Aku tak kenal kau. Pergi, pergi! Dah lah kotor, selekeh, nak pegang-pegang orang”, marahnya lagi sambil menepis-nepis kotoran yang mungkin hinggap pada tangannya yang dipegang lelaki tadi. Lagatnya tidak ubah seperti seorang manusia yang menghalau seekor anjing jalanan.

“Ada apa ni darling?”, seorang lelaki segak muncul di sebelah gadis tadi. “Zent, tengok pengemis ni kacau I. Siap pegang-pegang I lagi. Eii.. geli lah”, adunya sambil menggenggam erat tangan lelaki segak tadi. “Apa?! Kurang ajar!”, suatu tumbukan padu menyinggah ke pipi lalu lelaki pengemis tadi terjatuh menyembah bumi yang tua. Gadis tersebut terkedu seketika. Tidak menyangka hal itu akan terjadi.  “Dah, jom kita pergi”, ujar Zent Schavi`ere lantas menarik perlahan tangan buah hatinya yang masih lagi merenung pengemis yang terjatuh tadi tidak dibantu sesiapa. Enjin pacuan empat roda Ferrari berwarna merah menyala mengaum kuat lalu hanya meninggalkan debu dan asap. Gadis tersebut tidak berhenti memikirkan lelaki yang menemuinya tadi. 
“Carl Zevsky… Bagaimana aku boleh lupa?”, ingatan kuatnya dilayangkan pada kenangan yang tinggal sewaktu dia mengenali keluarga Zevsky.

***************************************************************************
           
            “Bridgette, tinggal lah bersama aku di sini. Lagipun hanya aku dan anak aku Carl saja yang tinggal di rumah ini. Aku akan penuhi segala keperluan bayi kau sehingga lah dia dewasa. Ini janji aku pada Anthonny”, pinta Arthur Zevsky kepada Bridgette Rexton, isteri kepada Anthonny Rexton yang sedang menggendong bayinya yang baru sahaja dilahirkan semalam, pada hari kematian Anthonny Rexton. Arthur  masih ingat lagi pemandunya itu yang dahulunya seorang pendatang asing. Oleh kerana dia juga memerlukan tenaga kerja disebabkan pemandunya yang terdahulu sudah berhenti kerja, dia pun mengupah Anthonny  dan membenarkannya bersama isterinya untuk tinggal di kediaman banglo yang terletak di pinggir kota. Bridgette bekerja sebagai pembantu rumah bersama tiga yang lain. Isteri kepada Arthur,  Caroline juga tidak membantah apa-apa. Kehidupan mereka tidak pernah dilanda sebarang masalah sehingga lah Anthonny terkorban dalam kemalangan jalan raya sewaktu menjemput Arthur dan isterinya balik dari majlis keramaian para bangsawan. Caroline juga turut terkorban akibat tercampak keluar daripada kereta mereka yang berlanggaran dengan kereta dari bertentangan arah. Namun Arthur hanya mendapat kecederaan. Pada malam yang sama, Bridgette yang seperti mendapat telepati bahawa suaminya berada dalam kesusahan terleka semasa sedang membancuh susu buat Carl lalu botol susu yang belum bertutup pada waktu itu terlepas daripada genggaman tangannya. Bridgette yang sedang sarat mengandung mencuba untuk mengutip semula botol yang terjatuh tadi malangnya dia tergelincir pada tumpahan susu lalu jatuh tersembam. Mujur pembantu rumah yang lain datang membantu dan memanggil bidan dalam kampung tersebut dan akhirnya Bridgette berjaya melahirkan seorang anak perempuan.

            “Aku bagi nama Laurette untuk anak perempuan kau Bridgette. Huruf ‘L’ pada awalan namanya adalah penyambung kepada huruf akhir nama anak aku, Carl. Bermakna, anak kau akan sentiasa jadi teman anak aku”, ujar Arthur sambil mencium dahi anak Bridgette.

Lima belas tahun kemudian, Bridgette diserang sakit yang parah. Dia sudah tidak kuat untuk bekerja oleh itu anaknya Laurette lah yang menggantikan tempatnya sebagai pembantu rumah kerana dua orang pembantu rumah yang lain sudah berhenti kerja dek usia mereka yang sudah lanjut . Walaupun setelah berkali-kali dilarang oleh Arthur yang sudah menganggap Laurette sebagai anaknya sendiri, Laurette tetap berdegil. Kerana dia malu ditanggung keluarga Zevsky sebegitu manakala mereka pula, tinggal dan makan secara percuma di dalam rumah itu. Semua yang dia lakukan adalah untuk membalas jasa baik keluarga Zevsky kepadanya dan ibunya. Carl pula sentiasa ada membantunya membereskan kerja rumah dan mereka juga pergi ke sekolah bersama-sama. Dia tidak punya teman yang lain selain daripada Carl.

Bridgette menjadi semakin tenat sehingga lah pada usia Laurette 17 tahun, dia melalui saat-saat terakhir dalam hidupnya. Arthur lah antara orang yang terakhir bercakap dengannya.

 “Aku akan terus menunaikan janjiku pada Anthonny, Bridgette. Aku akan menjaga Laurette seperti aku menjaga Carl dan apabila mereka besar nanti, aku akan satukan mereka. Ini sahaja yang dapat aku lakukan untuk kau dan anak kau Bridgette. Aku pasti, Caroline juga setuju dengan keputusan aku”, bisiknya ke telinga Bridgette sambil menggenggam erat tangan Bridgette yang sedang kehausan udara. Air matanya mengalir deras sudah kerana selama berbelas tahun dia hidup bersama Bridgette, dia sudah menyayangi Bridgette. Namun oleh kerana dia memikirkan masa depan Carl bersama Laurette, dia lupakan sahaja niat sucinya untuk menjadikan Bridgette sebagai isterinya.

            Masa berlalu dengan sangat pantas. Tahu-tahu saja, Arthur yang dahulunya gagah bekerja bagi membesarkan Carl dan Laurette kini sudah lemah dimamah usia. Carl berjaya meneruskan pelajaran di University of Slovakia selama empat tahun dan mengambil alih jawatan ayahnya. Sepanjang pemergian Carl, Laurette lah yang menjaga segala makan minum dan pakai Arthur yang sudah seperti bapanya sendiri kerana dia tidak ada sesiapa lagi selain Arthur. Namun semenjak Carl hidup di negara orang, sikapnya berubah mendadak. Dia sudah tidak punya banyak masa untuk berborak dengan Laurette, bergurau mesra seperti dahulu dan mendengar luahan hati Laurette saat dia punyai masalah. Malah Carl juga jarang berada di rumah.
“Papa sudah sakit-sakit begini, dia tetap juga tidak balik untuk makan bersama?”, tanya Arthur sewaktu Laurette menghidangkan hidangan makan malam kepada Arthur. Hanya mereka berdua sahaja pada malam itu ditemani oleh Margeritta  pembantu rumah Arthur yang lain.

“Carl sibuk bekerja mungkin papa. Papa jangan risau, Laurette tengok, Carl bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk meneruskan legasi papa”, pujuk Laurette sambil meletakkan tangannya di atas belakang telapak tangan Arthur yang sudah berkedut. Tongkatnya diletakkan ke sisi kerusi oleh Laurette. Begitulah hari-hari yang dilalui oleh mereka berdua.

“Carl, kau baru balik? Mari duduk dengan papa”, sapa Arthur apabila terlihat satu-satunya anak lelakinya itu lalu di hadapan bilik bacaannya.

“Carl penat la papa. Esok saja lah”, jawabnya acuh tak acuh.

“Hari esok bukan satu jaminan nak… Mari lah sebentar. Sementara papa masih boleh melihat kau”, pujuknya lagi. Akhirnya Carl mengalah. “Duduk”, pelawa ayahnya.

“Papa sedang tulis apa ni?”, soalnya sewaktu melihat ada sehelai kertas dan sehelai pelepah helang digenggam oleh ayahnya. Leka benar dia menulis. Sehingga penulisannya itu menemui titik noktah, barulah dia berkata-kata. “Ini nota buat kau Carl. Apabila papa mati kelak, barulah peguam papa akan bacakan nota ini”.

“Apa isinya papa?”, soalnya lagi ingin tahu. Tumpuannya hanya kepada nota itu dan bukannya pada status kesihatan ayahnya yang semakin membimbangkan.

“Carl, ia akan dibacakan juga nanti. Hadiah buat kau”, jawabnya tenang.

“Adakah ia sebuah wasiat papa?”.

“Tidak anakku, wasiat sudah papa tuliskan lama. Apabila papa sudah tiada, barulah kau boleh memiliki semua yang papa tinggalkan termasuklah rumah ini, syarikat yang kau ambil alih sekarang, ladang-ladang anggur dan ternakan lembu kita yang beratus-ratus ekor itu. Jangan risau nak, ia sudah tertulis dan tidak akan berubah lagi”,

Carl menganggukkan kepalanya tanda mengerti namun di dalam kepala, dia sudah mengira-ngira jumlah besar yang telah dikatakan oleh ayahnya tadi.

“Terima kasih papa”, ucapnya sambil memeluk mesra tubuh tua Arthur. Arthur melepaskan pelukan anaknya. “Tapi kau harus berjanji dengan papa, Carl”. “Katakan apa saja papa”, tuturnya dengan yakin.
“Anakku, kau juga tahu apa yang kita lalui bersama uncle Anthonny dan aunt Bridgette. Kasihan pada Laurette. Papa mahu kau jadikan Laurette sebagai isterimu Carl”, berdesing telinga Carl mendengarkan permintaan ayahnya yang satu itu.

“Apa? Tidak papa! Tidak mungkin. Carl sudah ada kekasih yang jauh lebih kaya dan berkedudukan. Bukan seperti Laurette”, bentaknya kepada Arthur. Laurette yang kebetulan ingin masuk ke dalam bilik bacaan Arthur untuk memberikan susu  Arthur terdengar kata-kata umpama sembilu Carl. Berderai air matanya lalu dia segera meninggalkan dua beranak itu. Dia tidak menyangka bahawa cinta suci yang selama ini dipendam rupanya hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tidak menyangka yang ternyata Carl hanya mementingkan kedudukan dan bukannya persahabatan yang mereka bina hampir 25 tahun lamanya.

“Kau…!”, marah Arthur tidak kesampaian apabila dadanya terasa sesak dan jantungnya yang terasa seperti dicucuk-cucuk. Dia menekan kuat dadanya yang di bahagian kiri.

“Papa! Mari Carl bantu, kita masuk ke bilik. Sudah lah, papa berehat ya?”, pujuknya. Dia risau akan ayahnya yang terkena serangan jantung disebabkannya. Dia mengeluarkan sebotol ubat dari kocek ayahnya dan memberikan dua biji untuk diletakkan di bawah lidah Arthur. Setelah ayahnya itu tenang sedikit, baru lah dia membantu ayahnya menuju ke kamar utama dan ditidurkan. Sempat lagi dia mengeluh berat. *

            “Darling… Gelapnya rumah you ni. I  pasang lampu ya?”, kedengaran suara manja seorang gadis. Laurette yang sedang memeriksa lampu-lampu rumah untuk memastikan sudah ditutup semuanya pantas membuka semula lampu utama di ruang tamu. Setelah suasana menjadi terang benderang, kelihatan dua tubuh di hadapan pintu besar rumah. Carl sedang berpaut pada bahu seorang gadis yang memakai gaun pendek dan ketat tanpa lengan.

“Carl?”, panggilnya. Pada pemerhatiannya, Carl pasti sedang mabuk. “Darling! Siapa ni? Eiiuw, pembantu rumah you ya?”, ujarnya sambil menudingkan jarinya yang runcing kepada Laurette. Membara juga hati Laurette diperlakukan sebegitu. “Hah? Apa?”, Carl yang separa sedar memandang gadis tadi. “Dia ni? Entah, tak kenal”.

Sekali lagi mengalir air mata kesedihan Laurette. Sehingga demikian rupa kau memperkenalkan aku Carl? Mengapa mudah kau lupa?

“Carl! Apa semua ini?”, tengking Arthur yang tiba-tiba muncul di beranda tingkat dua. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga sebelah kiri yang terletak secara melengkung berhadapan dengan pintu besar banglonya.

“Berani kau balik ke rumah dengan mabuk-mabuk begini?!”, Carl hanya membisu.

“Anak ini siapa?”, pandangannya beralih kepada gadis yang berpakaian mencolok mata tadi.

“Saya Loraine uncle. Loraine Glovoskovich”, dia bermanis muka. “Sudah, pergi balik!”, arahnya kepada Loraine. Dengan serta merta air muka gadis itu berubah. Pantas sahaja dia keluar dari banglo Arthur dan menutup keras pintu besar tersebut.

“Gadis yang sebegitu kau kata kekasih? Papa tidak suka kau bergaul dengannya lagi. Kau tahu siapa dia? Dia itu pewaris keluarga Glovoskovich. Dia akan kikis semua kekayaan kau sehingga tiada sedikit pun yang tinggal. Dengarlah kata papa ini anakku. Jangan sampai kau menyesal”,  marahnya lagi. Laurette hanya tunduk membisu.

“Ahh..! Itu semua tidak benar. Papa sengaja berkata begitu kerana papa mahu Carl berkahwin dengan Laurette bukan? Carl tidak suka papa menentukan hidup Carl seperti ini!”, balas Carl pula. Badannya terhuyung-hayang kekurangan imbangan dek kesan daripada bergelas-gelas wain yang diteguknya.

“Ya, ingat Carl, selagi papa masih hidup, papa tidak akan membenarkan kau berkahwin dengan gadis itu”, suara Arthur semakin meninggi. Laurette sudahpun mendapatkannya dan mengurut lembut belakangnya agar dia tenang sedikit.

“Kalau begitu, biarlah papa mati saja!”. Tanpa menghiraukan lagi ayahnya, Carl segera berjalan menuju ke biliknya. Habis perhiasan yang diletakkan di sepanjang jalan terjatuh dilanggar akannya.

“Sampai hati dia berkata seperti itu kepada papa, Laurette”, rintihnya pilu. Air mata jernih sudah bergenang di hujung mata.

“Sudahlah papa, dia sedang mabuk tu. Pasti dia juga tidak menyedari apa yang diucapkan olehnya”, Laurette berusaha untuk memujuk hati tua yang sensitif itu lalu membantu Arthur untuk masuk ke dalam kamarnya.*

            Sudah seminggu berlalu setelah peristiwa itu berlalu dan selama itulah Carl tidak pernah balik lagi ke rumahnya. Arthur sering kali termenungkan anak lelaki kesayangannya itu. Laurette hanya memerhatikan Arthur daripada jauh. Lama orang tua itu menatap foto berbingkai isterinya, Caroline.

“Aku telah gagal mendidik anak kita Carol. Aku sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau lah kau ada di sini Carol. Aku sudah terlalu rindukan kau. Tidak lama lagi, tidak lama lagi aku akan bertemu mu sayangku. Tapi aku tidak akan tenang selagi Carl tidak bersetuju untuk bersatu dengan Laurette”, mengalir air matanya tatkala mengenangkan isterinya yang sudah tiada. Jauh dalam benaknya, hendak sahaja dia menuruti langkah isterinya di sana namun urusannya belum selesai. “Carl anakku, mengapa kau berubah?”.

“Laurette, kau tengah buat apa tu?”, tiba-tiba ada suara yang menegurnya dari belakang. Laurette segera berpaling. “Carl? Kau sudah balik? Ke mana kau menghilang? Papa rindukan kau”. Carl memberikan Laurette senyuman yang manis seperti waktu dulu-dulu. Ya, Laurette sangat rindukan itu. “Kau belum jawab soalan aku, Laurette”, ujarnya memberikan pandangan yang menggoda.

“Oh, ini.. Susu suam untuk papa. Ia sangat membantu papa untuk tidur lena”, terangnya sambil membalas kembali senyuman Carl. Laurette sangat berharap agar mereka dapat berbual lama pada malam itu. Walaupun setelah apa yang dilakukan Carl terhadapnya, ia tidak sekuat cintanya terhadap Carl.

“Oh… Biar aku yang hantar ya?”, pintanya ingin mengangkat dulang yang berisi segelas susu hangat itu. Kekusutan riak muka Laurette pantas dibacanya. “Aku menyesal dengan kelakuanku Laurette. Aku ingin memohon maaf kepada papa. Biar aku yang hantar ya?”. Laurette mulai memahami lalu dibiarkan sahaja Carl menatang dulang bulat tadi dan Carl pun berlalu pergi. Laurette kegirangan di dalam hati. “Semoga ini menjadi suatu permulaan yang baik untuk kita semua”. Setelah beberapa ketika dia duduk termenungkan zaman kanak-kanaknya bersama Carl, hatinya bagai dijentik untuk melihat bahawa sama ada dua beranak itu masih berbual ataupun insan yang dipanggilnya ‘papa’ sudah tidur. Siapa tahu dia boleh berbual-bual mesra dengan Carl lagi.

            Pintu kamar utama yang tidak tertutup rapat ditolak sedikit agar membolehkan pandangannya lebih meluas ke dalam ruang kamar Arthur. Dilihatnya Arthur sedang meneguk titisan terakhir susu hasil tangannya. Laurette tersenyum. Namun senyumannya hanya sementara tatkala mendengar perbualan antara Carl dan Arthur.

“Minum lah papa, habiskan semuanya. Ia akan membantu papa untuk tidur. Selamanya…”.

“Apa yang kau lakukan nak? Mengapa? Apa lagi yang kurang papa berikan Carl? Papa berikan segalanya”, lemah Arthur bertanya anaknya.

“Tiada yang kurang papa. Tapi masih tidak cukup untuk Carl. Papa halang cita-cita Carl. Dan sekarang, Carl akan kuasai semuanya. Papa tak akan dapat halang Carl lagi. Lagipun, sudah tiba masanya untuk papa bertemu mama kan?”. Arthur menjadi semakin tenat. Susah payah dia mengambil nafas. Namun dia tetap ingin bersuara. “Jaga Laurette… Jaga Laurette”.

Carl tidak lagi mahu mendengar apa-apa. Mulut Arthur sudah memuntahkan buih-buih putih. Seluruh tubuhnya menggeletar menahan kesakitan. Dadanya menjadi semakin sesak. Nafasnya turun naik dengan drastik. Dan akhirnya Arthur terkapai longlai. Gelas kaca yang berada dalam genggaman tangannya terlepas lalu menghempaskan diri ke lantai sejuk. Pecah berderai. “Selamat malam papa”, ujarnya menghadiahkan senyuman ke dahi sang ayah.

Laurette menekup mulutnya. Air mata mengalir dengan deras. Hatinya menjerit-jerit. Papa!!! Tubuhnya yang terpaku dipaksa jua untuk melangkah ke belakang namun lututnya yang menggeletar membuatkannya jatuh. Carl yang terdengarkan suatu bunyi dari luar kamar segera keluar. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat Laurette di situ sedang menangis. Laurette menjadi pucat. Cepat-cepat dia berdiri dan segera berlari. Pantas Carl mengejarnya yang menuju ke biliknya di tingkat bawah. Masuk sahaja dia di dalam biliknya, pintu segera ditutup kuat namun ditahan oleh Carl. Tenaga yang berbaki itu tidak terlawan dengan kekuatan Carl lalu dia tertolak ke dinding. Carl berjaya menerobos masuk ke dalam biliknya.

“Margeritta..! tolong Laurette!”, jeritnya berharap agar Margeritta akan mendengarkan panggilannya. “Haha! Panggil lah sesiapa pun, tiada satu pun yang akan mendengar. Margeritta sudah aku pecat. Baru sahaja sebentar tadi”.

“Kenapa… kenapa?!”, tengking Laurette sambil menangis.

“Sebab aku mahu kuasa, harta… Aku tak mahu libatkan kau Laurette tapi, disebabkan kau sudah menyaksikan segalanya, aku terpaksa bunuh kau juga. Pasti papa akan perlukan kau di sana kan?”, ujarnya duduk mencangkung di hadapan Laurette yang sedang ketakutan di birai katil.

“Jangan… Aku tidak akan memberitahu siapa-siapa, aku janji. Aku akan lakukan apa sahaja, jangan bunuh aku…”, rayu Laurette. Carl berfikir sejenak.

“Baik, kau akan lakukan apa sahaja?”, Laurette mengangguk. Wajahnya sudah basah dengan rembesan air mata.

“Kalau macam tu, kau harus penuhi segala kemahuan aku termasuklah menjadi hamba kepuasan aku. Kau juga tahu Laurette, sudah lama aku menginginkan diri kau”.

“Apa?! Tidak! Mengapa aku? Bukan kah kau sudah mempunyai Loraine Glovoskovich? Aku bukan pilihan hatimu” marahnya masih terguris dengan perlakuan Carl. Tidak adil jika begini. Dia yang akan terseksa nanti sedangkan gadis itu senang lenang menjadi isteri kepada Carl kelak.

“Loraine? Aku tidak sayangkan dia. Aku hanya mahukan hartanya. Tapi kau Laurette, aku sayangkan kau”, katanya lembut sambil mencuba untuk mencium pipi Laurette. Satu tamparan hinggap ke pipinya. Laurette menolak tubuh Carl sedaya yang mungkin.

“Binatang! Di mana maruah kau Carl?! Aku ini seorang gadis. Bukan dengan cara ini jika kau perlakukan aku sebagai orang yang kau sayang!”, tengkingnya lalu keluar daripada bilik tersebut. Carl memegang pipinya yang masih terasa bisa tamparan seorang gadis. “Berani kau!”, marahnya semakin membuak. Keluar sahaja dia dari bilik tersebut, matanya meliar ke sekeliling ruang rumah.
Laurette tercari-cari kunci pintu rumah. Terkial-kial dia mencari di dalam gelap. Dia harus cepat, bila-bila masa sahaja Carl akan datang mencarinya.

“Oo Laurette….!”, laung Carl. Setiap pintu bilik-bilik yang dilaluinya dibuka kasar. Namun ke semuanya kosong tanpa kehadiran Laurette. Laurette tersentak dengan suara Carl yang menandakan Carl sudah tidak jauh daripadanya. Kunci rumah sudahpun berada di dalam genggaman tangannya namun untuk tiba ke pintu besar utama sungguh jauh lagi. Carl sudah semakin menghampiri. Dia tidak punyai pilihan lain selain memanjat jua anak tangga untuk menuju ke tingkat atas. Carl mencekak pinggangnya. Dari bahagian dapur sehingga lah ke ruang tamu sudah dia cari namun tetap juga tidak menemui Laurette. Dia memeriksa tombol pintu besar, masih berkunci. Bermakna Laurette masih ada di dalam rumah itu.

“Mungkin dia sudah berada di atas”, bisiknya.

“Oo Laurette… Aku tahu kau ada di sini. Kau tak mahu keluar ya.. Tidak mengapa, biar aku yang cari kau sampai aku jumpa. Sudah lama kita tidak bermain sorok-sorok seperti ini bukan?”, laungnya lagi dengan nada yang menyeramkan. Laurette masuk ke dalam bilik Arthur. Mayat kaku Arthur ditatapnya sayu. Kedengaran bunyi derapan tapak kaki Carl semakin menghampiri pada binaan lantai yang diperbuat daripada kayu oak. Laurette tahu dia harus pantas bertindak lalu dia segera menyembunyikan dirinya.
“Aku tahu kau ada di sini Laurette…”, Carl sudahpun memasuki bilik tersebut.

“Aku kenal kau Laurette. Kau memang suka bersorok di dalam bilik papa. Kau lupa? Setiap kali kita bermain sorok-sorok, aku mesti menang”, Carl memerhati di setiap sudut bilik dengan penuh teliti. Kemudian pandangannya berlabuh kepada sekujur tubuh ayahnya. “Ha.. papa.. Papa ada nampak Laurette?”, dia bertanya kepada ayahnya persis sewaktu yang dia selalu lakukan dulu.

“Apa? Oh… dalam almari!”, ujarnya sambil membuka pintu almari ayahnya. Satu persatu dia periksa namun Laurette tiada jua di situ. “Papa… Laurette tiada dalam almari… Papa bagitahu lah Carl, di mana Laurette. Papa selalu hendak menyembunyikan Laurette daripada Carl…”, dia berhenti sebentar lalu tersenyum. Kali ni pasti dia akan menemui Laurette.

“Jumpa!”, jeritnya apabila menundukkan wajah melihat ke bawah katil ayahnya. Ternyata kali ini dia silap. Laurette telah mengubah tempat persembunyiannya ke belakang pintu bilik. Laurette mengambil kesempatan tersebut untuk segera berlari keluar. “Cis!”, berangnya lalu mempercepatkan lariannya bagi mengejar Laurette yang sedang menuruni anak tangga. Menyedari Laurette semakin jauh, Carl mengambil keputusan untuk melompat dan menerkam Laurette dari belakang. Keduanya jatuh berguling di ruang tamu. Laurette meronta-ronta minta dilepaskan namun malang baginya apabila ditampar keras oleh Carl. Rambutnya ditarik dan kemudian kepalanya dihentak-hentakkan ke lantai beralaskan hamparan permaidani bercorak kulit  jaguar. Laurette mengerang kesakitan dan akhirnya dia menjadi semakin lemah dan kepalanya menjadi terlalu berat. Dalam keadaan Laurette yang separuh sedar itu, Carl menarik tubuh longlainya menuju ke dapur. Hendak tercabut rasanya kulit Laurette diheret sebegitu. Namun dia tidak berdaya untuk melawan.

“Maafkan aku Laurette. Tapi aku tiada pilihan selain dari bunuh kau macam papa. Tapi sayangnya, aku sudah kehabisan racun, jadi terpaksa lah aku menggunakan cara yang menyakitkan. Kau jangan takut Laurette, sakit sikit saja. Ia akan berlalu dengan cepat, aku janji”, Carl mencapai sebilah pisau dan garfu besar bermata dua yang selalu digunakan oleh Laurette untuk memotong daging turkey. Carl mengasah pisau tersebut pada garfu besar tadi. Kemudian dia duduk melutut di sisi Laurette. “Kau nak tahu macam mana sakitnya hati aku kau buat? Macam ni!”, katanya sambil menusukkan garfu besar ke kaki kanan Laurette. Begitu kuat sekali Laurette menjerit kesakitan. Darah pekat deras mengalir keluar daripada kesan tikaman tadi. Laurette menangis menahan keperitan.

“Sakit bukan? Kau tak patut tolak kemahuan aku tadi Laurette”, pisau tadi dia rapatkan ke pipi Laurette. “Ke mana dahulu kau mahu aku tikam? Ke pipi kau yang mulus ni?”, soalnya. Laurette dengan pantas menepis pisau tersebut lalu terlepas daripada genggaman Carl. Satu penampar singgah lagi ke pipinya. Carl mencari-cari keberadaan pisau tadi kerana suasana yang gelap menyukarkannya untuk melihat. Kesempatan itu digunakan untuk mencapai penguli adunan yang diperbuat daripada kayu lalu memukul belakang kepala Carl. Oleh kerana pukulannya yang tepat, Carl rebah pengsan. Laurette mengumpulkan segala kekuatan yang tinggal untuk berdiri. Namun kakinya yang ditikam tadi sungguh terasa pedihnya. Garfu tadi masih lagi tercacak jauh ke dalam daging kakinya. Mahu atau tidak, terpaksa lah dia menahan sakit dan menarik garfu itu perlahan-lahan. Lebih banyak darah yang keluar membasahi kakinya. Dengan segera dia mencapai kain tuala dapur yang tersidai pada penyangkut di dinding dan membalut kakinya. Carl mulai bergerak-gerak. Tanpa membuang masa, Laurette keluar melalui pintu dapur rumah dan mengambil jalan dalam semak samun belukar yang tumbuh meliar agar menyukarkan Carl untuk mengejarnya. Hanya dia dan ibunya sahaja yang arif tentang selok belok jalan-jalan di belakang banglo yang tersergam indah milik keluarga Zevsky. Ribuan langkah terpaksa diatur olehnya yang melangkah dengan penuh kepayahan dan kesakitan yang menggunung. Pada lewat malam sebegitu, memang sukar untuk mendapatkan bantuan apatah lagi banglo Arthur yang terletak jauh daripada bandar. Mujurlah ada seorang lelaki yang bermurah hati untuk membantunya, Zent Schavi`ere.

            Tidak sampai sebulan selepas itu, Carl diisytiharkan muflis. Semuanya gara-gara belumpun Loraine sah menjadi isterinya, dia terlebih dahulu membenarkan gadis itu untuk tinggal bersamanya di banglo yang sudah menjadi miliknya secara keseluruhan. Oleh kerana dia terlalu taksub hendak merampas harta kekayaan yang dimiliki keluarga Glovoskovich melalui Loraine, dia alpa akan kekayaan warisan ayahnya yang dalam diam Loraine sudahpun menjalankan rampasan terhadap ke semua yang dia miliki tanpa pengetahuannya. Carl diusir keluar dari rumahnya sendiri dan dia terpaksa hidup merempat. Dia menyesal tidak mendengar nasihat ayahnya, dia malu dengan perbuatannya terhadap ayahnya. Kerana gilakan harta, dia korbankan satu-satunya harta yang paling berharga. Papanya. Namun dia mengerti, biar menangiskan air mata darah pun, ayahnya tidak akan kembali. Laurette. Nama itu terus menerjah masuk ke ruang fikirannya. Dia masih ada Laurette. Dia nekad ingin mencari Laurette agar dia boleh meminta pengampunan daripada gadis yang sangat dicintainya. Ya, baru dia sedar semua itu. Dia sangat mencintai Laurette. Di mana kau Laurette?

***************************************************************************

            Laurette terbayangkan perbualannya bersama Carl semasa dia berusia 17 tahun manakala Carl pula ketika itu berusia sekitar 20 tahun. Ia perbualan yang sangat diingati Laurette kerana itulah saat terakhir Carl bermesra dengannya. Dan saat itulah dia merasakan cintanya yang semakin kuat terhadap Carl…

“Carl, kau sayang pada aku tak?”
“Mesti lah aku sayang kau. Aku hanya ada kau sebagai teman aku”.
“Kalau begitu, nah, aku bagi kau kertas putih ni sebagai simbol hati aku. Aku mahu kau tuliskan menggunakan tinta hitam betapa kau sayang pada aku di ‘hati’ aku ni. Untuk aku simpan sewaktu kau jauh di Slovakia nanti”.
“Baiklah.. Jangan tengok tahu!”.
“Ya…”.
“Nah. Dah siap”.
“Apa ni Carl? Tiada  sebarang tinta pun yang kau calitkan? Kau tidak sayang pada aku?”.
“Tidak, bukan begitu Laurette”,
“Jadi mengapa kau tidak menulis apa-apa pada kertas ini?”.
“Kerana ‘hati’ yang kau berikan kepada aku ini terlalu putih dan suci.Aku tidak mahu mengotorkannya dengan tinta hitam ini, kerana aku sayangkan hati kau…”. Laurette kembali pada alam nyata. Menitik air matanya. Cinta sucinya sudah terkubur tanpa penghujung sebuah kebahagiaan.

“Laurette? Betulkah apa yang aku lihat di hadapanku ini?”, Carl yang sedang duduk di sebuah sudut kaki lima berasa sungguh gembira melihatkan gadis yang dipanggil Laurette pagi tadi kini muncul dihadapannya. Air mata kesedihan dan kekesalan yang membasahi pipi dikesat dengan kain bajunya yang compang camping.

“Nah, ambil ini”, katanya menghulurkan beberapa keping dokumen kepada Carl. Carl tidak memahami maksud semua ini.

“Ini surat penyerahan kuasa ke atas nama kau Carl. Kalau saja kau ingat, sebelum papa meninggal, dia ada menulis nota buat kau. Aku teka, pasti kau tidak mengambil berat tentang nota itu bukan? Di dalamnya tertulis pesanan daripadanya, papa berpesan agar kau berkahwin denganku dan kemudian barulah semua syarikat cawangan papa yang berada di Canada, Greenland, France, England dan Austria akan menjadi milik kau sepenuhnya. Jika kau tidak memenuhi pesan tersebut, kelima-lima cawangan ini akan menjadi hak aku semuanya. Sekarang, aku serahkan kepada kau kerana bukan ini yang aku mahu untuk aku bahagia”, terang Laurette panjang lebar.

“Tapi Laurette, bukan kerana semua ini aku mencari kau kembali. Aku mahu memohon maaf darimu. Aku mahu merasa kasih sayang darimu lagi. Tolonglah Laurette, aku ingin kau kembali. Aku tiada teman lagi selain daripada kau…”,

“Sudah lah Carl. Aku kembali ini pun kerana aku ingin memulangkan semula apa yang sepatutnya menjadi milik kau dan aku ingin mengambil kembali apa yang menjadi milikku. Kerana hati aku yang kau kata putih telah kau nodai dengan kehitaman kelakuan kau seperti tercoretnya dakwat hitam pada kertas-kertas dokumen ini. Boleh kau putihkannya semula? tidak akan pernah boleh. Mulakan lah hidup baru. Aku akan berdoa untuk kau”, ujarnya sambil menahan tangis. Dadanya menjadi sebak lalu dia beredar meninggalkan Carl terkaku di situ. Jutaan sesalan sudah tidak bermakna lagi buat Carl Zevsky. Laurette Rexton, kau akan tetap menjadi satu-satunya teman aku.

TAMAT

Gadis Sejuta -EP 19-

Jarum jam telah menunjukkan tepat jam 1.30 petang menandakan sesi pengajaran dan pembelajaran telah tamat untuk hari tersebut. Para pelajar berpusu-pusu meninggalkan kawasan sekolah dan ada juga yang masih duduk di dalam kelas masing-masing.
“Hike, kau dah siap kemas belum? Jom?”, ajak Zaliamira yang kelihatan tidak sabar untuk keluar dengan Haikal. Dalam fikirannya sudah terbayang saat-saat manis yang bakal tercipta sebentar sahaja lagi.
“Ish kau ni, beragak lah. Kau nak orang lain nampak kita keluar berdua ke? Terserempak dengan bapa aku nanti, kau nak jawab?”, bentaknya rimas.
“Jangan lah marah…”, Zaliamira mulai dengan sikapnya yang suka merajuk. Haikal berasa serba salah. Suaranya diperlahankan.
Sorry.. Aku bukan marah. Macam ni, kau pergi kat bus stop luar dulu. Tunggu kat sana. Jangan pergi mana-mana tahu? Duduk je kat sana. Aku kena pastikan Hardie balik dulu”, Haikal memberi penjelasan yang terperinci mengenai pelannya. Zaliamira mengangguk faham.
“Dah, kau pergi dulu”, arahnya lagi. lantas gadis itu segera menuruni anak tangga meninggalkan dia berseorangan di dalam kelas. Haikal memerhati di seluruh kawasan bilik darjah tersebut. Hardie sudah tidak kelihatan.
“Aduh.. mana pula dia pergi ni? Tak kan dah balik kot? Cepatnya?”, soal Haikal kepada dirinya.
“Hah, Hardie, macam mana dengan latihan yang cikgu suruh buat? semua dah hantar?”, tanya puan Marliana. Suasana dalam bilik guru sungguh tenang walaupun sesi persekolahan untuk hari tersebut telah tamat. Guru-guru masih sibuk menguruskan itu ini di tempat masing-masing sambil menikmati dinginnya tiupan angin di bawah putaran kipas.
“Sudah cikgu”, jawab Hardie. Puan Marliana yang seperti tidak berpuas hati mengira jumlah buku latihan yang dihantar oleh Hardie.
“26, 27, 28, 29… eh? Kenapa 29 orang je yang hantar ni? Mana lagi satu?”, soalnya marah. Hardie keresahan. Siapa pula yang belum hantar ni? Kerana setahu dia, semua rakan-rakannya sudah menghantar buku latihan Biologi sebelum mereka berangkat balik.
“Tercicir dalam kelas mungkin cikgu. Saya balik kelas dulu tengok”, pintanya lalu meminta izin dan beredar menaiki kelasnya. Puan Marliana hanya mampu menggelengkan kepala.
Tergesa-gesa dia naik semula ke kelas 5 Earth. Setibanya dia, dia terlihat sebuah buku latihan di atas meja guru kelas. Dicapainya buku latihan tadi. “Zaliamira”, sebutnya. “Hm! Ego betul sampai buku latihan pun tak nak hantar kat aku. Sanggup letak atas ni”, bebelnya seorang diri.
Dalam perjalanannya menuju ke blok bilik guru, dia terlihat kelibat Haikal di aras paling bawah sedang menuju ke lot parkir kereta para pentadbir. Jarak mereka yang agak jauh itu memaksanya untuk melaungkan suara. “Hike!”, panggilnya.
“Adi, apa pasal kau ada kat sini lagi? kau bukan dah pergi ke?”, Haikal menjadi semakin resah. Sudah hampir 20 minit berlalu dari saat dia menyuruh Zaliamira beredar dahulu.
“Aku pergi bilik guru. Hantar buku latihan”, jawabnya selamba.
“Eh, gila! Mira tengah tunggu kat bus stop la!”, jerit Haikal mengejutkan Hardie.
“Ya Allah! Dia dah pergi ke? Apa pasal kau suruh dia pergi dulu?!”, marahnya balik.
“Ye la, yang kau hilang macam pelesit tu kenapa?! Mana aku tahu kau kena hantar buku bagai”, Haikal pula membalas tengkingan Hardie.
“Dah tu, kau pun cerita separuh jalan!”, balas Hardie lagi.
“Yang kau nak bertekak dengan aku kat sini kenapa?! Pergi lah hantar buku tu cepat!”, marah Haikal kembali.
“Aku nak pergi lah ni. Tak payah lah jerit kat aku!”.
“Macam mana kau nak dengar kalau aku tak jerit!”.
“Aku dengar lah, kau ingat aku pekak ke?!”, Hardie semakin mengeraskan suaranya.
“Dah tu, pergi la cepat gila!”, Haikal mengeluh berat. kasihan pula pada Zaliamira yang harus menunggu lama. Mira, mira, kenapa lah kau suka kat lelaki macam ni. Aduhai… keluhnya.
            Cuaca di luar pada hari itu sungguh cerah dan bahangnya kian terasa. Begini lah keadaannya setiap kali di awal tahun. Panas yang teramat sehingga terasa kulit bagai disiat-siat. Zaliamira mengerling jam tangannya. Sudah jam 2 petang namun batang hidung Haikal pun masih tidak kelihatan. Sudah banyak bas-bas mini yang menyinggah di perhentiaan bas luar itu dan pelajar yang tadinya ramai kini beransur pergi menaiki bas, meninggalkan dia berseorangan di situ.

“Panasnya…”, Zaliamira berkata seorang diri sambil mengipaskan-ngipaskan telapak tangannya ke muka. Dia sudah berpeluh-peluh menanti sesorang menunaikan janji. Tudung yang dikenakan di kepala membuatnya rimas lebih-lebih lagi di bawah kehangatan cahaya sang suria yang tajam menembusi rongga-rongga pakaiannya. Dengan sekali tarik, tudung sekolahnya ditanggalkan mendedahkan rambutnya yang panjang melepasi bahu. Dibetulkan rerambutnya yang tidak rapi itu dengan jari-jemarinya yang runcing.
Zaliamira menoleh ke kiri dan ke kanan. Sedangkan orang lain pun tidak kelihatan. Apatah lagi Haikal. Kawasan perhentian itu menjadi sepi pada waktu-waktu sebegitu kerana pelajar sekolah kebanyakannya sudah pulang ke rumah. Kereta dan motor juga semakin jarang dilihat melalui jalan raya di hadapannya. Zaliamira memasukkan tudungnya ke dalam beg galasnya. Butang baju kurung sekolahnya dibuka kerana terasa sesak dan mencekik lehernya yang jinjang. Zaliamira mendongak ke langit biru. Awan kelihatan semakin gelap dan mencipta suasana yang mendung secara tiba-tiba.
“Ah sudah, it can’t be raining now!”, marahnya tiba-tiba. “Mana Hike ni, kata nak tengok Adi dah balik belum. Tak kan Adi belum balik lagi? menyusahkan betul la mamat ni. Selalu mengganggu!”, tambahnya lagi. Seketika kemudian kedengaran bunyi titisan langit pada atap pondok perhentian bas. Angin yang semakin kuat menderu meniupkan butir-butir hujan ke arah Zaliamira sekaligus menyebabkan uniformnya sedikit basah. Hujan renyai semakin menjadi-jadi. Zaliamira menggigil kesejukkan.
Dari jauh, sayup-sayup kedengarn bunyi deruan enjin motorsikal. Zaliamira memberi perhatian. “Itu pasti Hike”. namun harapannya musnah kerana lelaki yang menaiki motorsikal tadi bukan Haikal sebaliknya seseorang yang dia tidak kenali.
Namun begitu penunggang tadi tetap mahu memberhentikan kenderaannya di perhentian bas untuk berteduh. Zaliamira mengalihkan pandangannya. Tidak mahu mbertentang mata dengan lelaki yang sedang membuka topi keledarnya.
“Hujan la pula...”, keluh lelaki tadi. Kawasan yang lengang itu menjadi sepi kembali. Hanya bunyi hujan yang menyirami jalan konkrit sahaja yang kedengaran.
“Adik seorang je ke? Kenapa tak balik lagi?”, lelaki tadi kembali bersuara. Zaliamira memberikan jelingan yang tajam kepadanya. Lelaki itu menarik muka. Sombong ya? Desisnya dalam hati. Gadis yang sedang duduk itu diperhatinya betul-betul. Rambutnya yang hitam lebat... tubuhnya yang ramping.. kulitnya yang putih.. tambahan pula baju kurungnya yang jarang sudah basah sedikit menampakkan lagi warna tubuh yang cuba ditutupi. Lelaki itu melihat sekeliling, hanya mereka berdua sahaja di situ apatah lagi hari sedang hujan. Tiada siapa yang melalui jalan tersebut. Barang baik! Bisiknya. Perlahan-lahan dia melangkah seperti penghendap di belakang Zaliamira. Dengan pantas dia menekup mulut Zaliamira dan menariknya ke kawasan semak di belakang pondok perhentian bas tadi.
Zaliamira meronta-ronta dan menjerit agar dilepaskan namun lelaki yang bagai kerasukkan itu sedikit pun tidak menunjukkan belas kasihan. Baju kurungnya yang nipis itu dikoyakkan dengan ganas. Zaliamira mengambil kesempatan untuk menjerit namun ditampar keras. Dia hanya mampu menangis dan berdoa dalam hati.
“Alamak, hujan pula dah”, keluh Hardie yang sedang dalam perjalanan menuju ke perhentian bas luar. Oleh kerana tidak mahu basah, dia percepatkan langkahnya. Namun hujan yang semakin galak itu memaksanya untuk berlari. Akhirnya dia tiba ke pondok tersebut namun Zaliamira tidak kelihatan.
“Tu.. beg Mira! Tapi motor siapa pula tu?”, Hardie menjadi cemas. Tiba-tiba kedengaran suatu suara yang menjerit minta tolong. “Mira!”, panggilnya.
Zaliamira yang masih bertarung nyawa tidak bersarung baju kurung sudah. Sedang lelaki durjana itu mencuba membuka pakaiannya yang lain, tindakannya terhenti dek terasa berat di kepala akibat hentakkan kuat topi keledar tepat di kepalanya. Dia menoleh ke belakang melihat gerangan si pelaku. Pelajar sekolah lelaki tadi bertubi-tubi menghentakkan kepalanya dengan topi keledar sehingga dia layu terbaring tidak sedarkan diri.
Hardie mencampakkan topi keledar yang dijumpai di pondok perhentian tadi dan segera mendapati Zaliamira yang masih menangis teresak-esak sambil menutup dadanya yang terdedah menggunakan baju kurungnya yang sudah terbelah dua.
You tak apa-apa ke?”, tanya sambil duduk melutut di hadapan Zaliamira. Tiada respon dari gadis itu. Hanya esakkan yang kedengaran akibat trauma yang maha dasyat. Dengan segera Hardie menanggalkan sweater yang dipakainya dan diberikan kepada Zaliamira.
“Pakai ni”, arahnya sambil dia menoleh ke belakang bagi memberi privasi kepada gadis itu.
“Dah..”, sahut Zaliamira. Hardie membantunya untuk berdiri. Dalam hatinya, dia menyumpah seranah lelaki dayus yang cuba untuk ambil kesempatan terhadap kekasih hatinya itu. Dibiarkan sahaja lelaki tadi pengsan tidak sedarkan diri dihujani titisan langit yang sejuk. Hardie mencapai beg sekolah Zaliamira dan memimpinnya ke jalan besar bagi menahan teksi tanpa mengambil kira air hujan yang membasahi mereka. Hood sweater tersebut dipakaikan kepada Zaliamira agar menutupi kepalanya supaya tidak dibasahi hujan. Zaliamira menatap wajah Hardie yang bersungguh-sungguh itu. begitu besar cinta you pada  I, Adi, walaupun selepas I hina you, bisiknya dalam hati.
“Jangan buka ni tahu, nanti demam”, ujarnya dengan penuh kasih sayang. Zaliamira kembali menangis.
“Eh, kenapa ni, I buat salah ke?”, soalnya cemas. Zaliamira memeluk lengan Hardie. “You jangan tinggalkan I. I takut…”, tangisnya semakin kuat.
“Ye, I ade kat sini. You jangan takut. I ada untuk  you”, pujuknya. Rasa janggal juga dipeluk sebegitu kerana selama dia berpacaran dengan Zaliamira, ini kali pertama gadis itu memeluknya.
“Sshh.. dah, dah, jangan nangis. Tu ada teksi”.
            Ting tong ! Zahrah yang sedang leka menghias dulang hantaran segera bangun dan terkocoh-kocoh membuka pintu utama. Wajah suaminya terpacul di hadapan pintu. Dengan segera dia menyambut briefcase kepunyaan Asfi dan menyalam mesra tangan suaminya.
“Sarah buat apa sampai abang bagi salam tak dengar?”, tanyanya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kediaman mereka.
Sorry abang. Waalaikumussalam. Sarah tengah siapkan hantaran customer. Sarah tercucuk jarum dekat jari telunjuk ni tadi. Tu yang kerja jadi lambat tu”, jawabnya lalu membancuhkan Asfi secawan kopi.
“Mimi macam mana? Dah baik sikit?”.
“Alhamdulillah bang, dia dah ada selera makan dah. Dah tak lemah sangat. Pening-pening, muntah pun dah makin tak ada”, Zahrah seperti memberi laopran harian kepada suaminya. Asfi mengangguk faham.
“Elok lah. Ha, yang seorang lagi mana? Balik lewat lagi?”, soalnya lagi sambil menghirup kopi air tangan isterinya.
“Nampaknya macam tu lah abang. Tapi kali ni dia bagitahu dia balik lewat. Jadi Sarah tak lah risau sangat”. Asfi memandang wajah isterinya. Pelik juga dengan perubahan sikap anaknya yang satu itu. tidak pernah dia mahu memberitahu yang dia akan pulang lewat. Selalunya dia menghilangkan diri begitu sahaja. Mungkin juga kerana dia masih di sekolah dan tidak mahu menyusahkan ibunya bagi menjemputnya. Apatah lagi Zaliamimi tiada.
“Bagus lah kalau begitu. Semalam dia suapkan kakak dia makan, kakak dia dah makin baik hari ni. She’s growing up isn’t she?”, ujar Asfi tenang.
I hope so”, Zahrah membalas ringkas. Asfi secara tiba-tiba mengeluh berat sambil memicit-micit dahinya. Ada sesuatu yang besar dalam fikirannya.
“Kenapa ni abang? Ada masalah dekat pejabat ke?”, tanya si isteri kerisauan. Zahrah segera mengganti tangan suaminya bagi memicitkan kepala suaminya.
“Entah lah Sarah. Abang pun buntu memikirkan…”
Ting tong ! Sekali lagi loceng rumah dibunyikan menganggu perbualan Zahrah dan suaminya. Zahrah dengan segera menuju untuk membukakan pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila pintu utama dibuka, kelihatan anak gadisnya yang sedang basah kuyup tidak bertudung sekolah bersama pelajar lelaki yang tidak dikenalinya.
“Adik!”, panggilnya lantang sehinggakan Asfi juga turut menuju ke muka pintu. Setelah melihat wajah ibunya, Zaliamira terus memeluknya erat sambil menangis teresak-esak. Asfi dan Zahrah kebingungan. Asfi menatap Hardie yang juga sedang basah kuyup.
“Biadap!”, tengkingnya sambil memulas kemeja sekolah Hardie dan menaikkan penumbuk.
“Abah, stop!”, jerit Zaliamira. Asfi dan Zahrah menoleh kepada Zaliamira yang sedang menangis. Hardie hanya mampu menundukkan wajah.
            “Adik kau kenapa?”, soal Zaliamimi yang terkejut melihat keadaan adiknya sejurus selepas ibu mereka menghantarnya ke dalam bilik Zaliamira. Zaliamira meneruskan tangisannya sambil memeluk erat kakak kembarnya. Zaliamimi meneliti keadaan adiknya.
“Baju kurung kau mana? Ni sweater siapa ni? Cerita lah kat aku apa jadi..”, pujuknya. Terhenjut-henjut Zaliamira menahan tangisan bagi menceritakan apa yang telah berlaku, “sebenarnya tadi…”
“Tadi masa lepas balik sekolah saya pergi ke bus stop luar sebab saya memang setiap hhari naik bas luar untuk pergi balik sekolah. Tapi hari ni saya balik lewat. Masa saya sampai kat bus stop tu, saya nampak beg Mira dengan satu motor. Bila saya dengar suara orang menjerit minta tolong, saya terus capai helmet yang saya jumpa kat situ. Kalau saya cepat sikit tadi pak cik, mak cik, Mira tak kan jadi mangsa…”, kesalnya sambil tertunduk. Tuala yang dihulurkan oleh Zahrah dicapai dan dia mengesat wajahnya yang masih basah.
Asfi terdiam sejenak. Tidak menyangka hal seperti itu akan terjadi kepada anak gadisnya yang selama dikawal dengan rapi.
“Pak cik minta maaf pasal tadi. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong anak pak cik. Kamu ni dah lama kenal ke?”, soalnya lagi.
“Ya pak cik. Saya dengan Mira sama kelas dari tingkatan satu lagi”, jawabnya sopan. Asfi menganggukkan kepalanya.
“Apa nama kamu tadi?”, serius Asfi melontarkan pertanyaan yang kali ini.
“Hardie pak cik”.
“Minum lah air koko tu sementara masih panas. Lepas ni kamu pergi mandi, mak cik dah sediakan baju kat bilik air tu. Guna baju pak cik dulu tak apa kan? Mak cik risau kamu demam”, ujar Zahrah yang duduk di samping suaminya. Hardie hanya menurut sahaja walaupun berasa segan.
“Bodoh punya Haikal! Sanggup dia tipu kau? Tengok apa jadi? Siapa nak jawab sekarang?”, marah Zaliamimi kepada adik kembarnya.
“Sudah lah.. aku tak apa-apa. Dah lah, aku nak pergi mandi dulu”, Zaliamira yang masih lemah itu melangkah ke bilik air yang terletak di dalam bilik mereka. Bilik air tersebut menghubungkan biliknya dengan bilik Zaliamimi. Zaliamimi terkedu sebentar mendengar kata-kata adiknya itu. dia tidak marah langsung kepada Haikal padahal kerana lelaki itu lah dia terpaksa menanti berseorangan di perhentian bas tadi. Zaliamimi mendengus marah. Rupanya sepanjang ketiadaannya di sekolah dua hari ini Haikal melancarkan idea untuk mengenakan adiknya pula. “Aarrggghhh…! Aku patut tahu!”, marahnya seorang diri. Jelas lah selama ini Haikal hanya ingin permainkan perasaannya. Puas Haikal mengenakannya, kini adiknya pula menjadi mangsa.
“Adik, are you done? Abah is waiting for you downstairs. You’re guys are going to lodge police report now”, panggil Zahrah dari luar bilik anak daranya itu. Zaliamimi yang memang berada di dalam bilik adiknya itu membuka pintu.
“Dah siap?”, tanyanya lagi. Zaliamimi mengangguk seraya membantu adiknya untuk berdiri.
Setibanya mereka di bawah, kelihatan ayahnya bersama Hardie sudah siap untuk masuk ke kereta.
Will you be okay darling? Or you want me to follow as well?”, Zahrah yang masih kerisauan itu menghantar Zaliamira hingga masuk ke dalam kereta suaminya. Zaliamira menggelengkan kepalanya. “I’ll be fine mama”. Zahrah menutup rapat pintu kereta dan melihat kereta itu pergi sehingga hilang dari pandangannya.
“Mama, jangan risau. Abah dengan Hardie kan ada”, pujuk Zaliamimi agar ibunya masuk ke dalam rumah.
“Mimi kenal budak lelaki tadi?”, soalnya kegusaran.
“Mesti lah Mi kenal ma… boyfriend adik”, bisiknya. Zahrah tersenyum.
“Oh… patut lah bukan main risau lagi dia. Dah lama?”, soalnya lanjut.
“Hampir dua tahun dah ma. Tapi janji jangan bagitahu abah. Nanti adik marah mi pula”, ujarnya bimbang. Entah kenapa selepas apa yang berlaku hari ini, dia tergerak untuk membocorkan rahsia tentang hubungan adiknya dengan Hardie. Mungkin juga kerana dia yakin abah dan mamanya akan menerima Hardie setelah dia selamatkan Zaliamira hari ini.
“Hmm.. jodoh la tu kan? Dia macam tahu-tahu  je adik dalam kesusahan. Kebetulan pula dia ada kat sana kan?”, jawab Zahrah. Zaliamimi hanya tersenyum memandang telatah ibunya yang kegembiraan itu.
“Ayah kerja apa?”, Asfi bersuara kepada Hardie yang duduk di sebelahnya. Zaliamira yang termenung sejak mereka balik dari balai polis bagi membuat laporan memandang pantulan wajah ayahnya di cermin tengah kereta.
“Ayah kerja engineer. Dekat petronas”, jawabnya tersekat-sekat. Kegarangan yang terpancar pada wajah ayah kekasihnya ini cukup menggerunkan. Namun dia berlagak tenang.
“Mak?”.
Hardie terdiam. Dia menundukkan wajah ke tempat letak kaki. “Saya tak pernah kenal mak saya. Mak saya meninggal semasa lahirkan saya”, sayu kedengaran jawapan dia kali ini. Asfi terdiam. Keadaan menjadi janggal lagi. Zaliamira yang duduk di belakang menatap wajah sedih Hardie.
“Masuk mana ni?”, tanya Asfi tentang arah jalan ke rumah Hardie.
“Berhenti kat tepi ni je pak cik. Saya boleh jalan dari sini”, pintanya sambil menunjukkan arah. Asfi memberhentikan keretanya di bahu jalan di tempat yang Hardie tunjukkan.
“Terima kasih pak cik”, ujarnya sambil membuka pintu kereta.
“Hujung minggu ni ajak ayah kamu datang rumah. Pak cik tunggu”.
Zaliamira dan Hardie sama-sama terkedu. Datang rumah? Hujung minggu ni? Ajak ayah sekali?
“Ba..ba..baik pak cik”, jawabnya terketar-ketar. “Hmm.. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam..”, jawab Hardie lalu menutup kembali pintu kereta. “Fuhh! Boleh tahan lah bapa Mira ni. Terus nak jumpa bapa aku sekali. Eh, kejap. Hujung minggu ni bukan lusa ke?! Aduhh…”, Hardie menggarukan kepalanya sekaligus mengusutkan rambutnya.*

            Serinya pada pagi jumaat yang indah itu seakan-akan meraikan hubungan Zaliamira dan Hardie yang kembali pulih. Begitu juga dengan Farish Adzim yang hadir pada awal pagi lagi bagi memohon maaf kepada Tania. Namun gadis itu cekal, dia tidak mahu kembali berkasihan dengan ketua pengawas sekolah itu kerana memahami dan menghormati tugas yang dipikul Farish Adzim. Namun bagi Haikal, perkara tetap seperti biasa. Tiada perubahan yang positif pun dalam perhubungannya yang sudah terputus. Sungguhpun begitu, dia tetap bahagia kerana pagi ini dia terlihat kelibat pujaan hatinya itu keluar dari kereta. Aneh, Zaliamira tidak pula dia lihat.
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Diminta semua pelajar untuk turun ke dewan tertutup untuk membentangkan tikar dan bersedia bagi bacaan Yassin. Ulang suara, diminta semua pelajar untuk turun ke dewan tertutup untuk membentangkan tikar dan bersedia bagi bacaan Yassin. Terima kasih”, Farish Adzim tersenyum puas. Kali ini dia berjaya memberi pengumuman dan ulang suara yang sudah tidak terbalik lagi seperti biasa yang dia lakukan sebelum ini.
Setelah selesai bacaan Yassin mingguan dan tazkirah pagi, para pelajar diarahkan untuk masuk ke kelas masing-masing. Haikal yang segak bersampin tanpa songkok ingin singgah ke kelas 5 Mercury agar dia boleh melihat Zaliamimi sebentar namun dia dipanggil oleh Hardie untuk segera masuk ke kelas mereka.
“Apa hal kau? Macam penting sangat je?”, ujarnya tidak puas hati kerana menganggu langkahnya sebentar tadi.
“Penting sangat. Kau tahu apa jadi semalam?”, soalnya berbisik-bisik.
“Apa? Ohh.. kau orang pergi dating eh?”, usiknya sambil mensepetkan lagi matanya.
Dating otak kau! Mira hampir-hampir kena rogol kau tahu tak?”, marahnya kepada Haikal.
“Hah?! Kau biar betul. Aku suruh kau bawa balik je. Bukan..”
“Bukan aku la gila! Ada orang yang buat. nasib baik aku sampai cepat. Kalau tak.. aduh.. aku nak sebut pun tak sanggup”, Hardie menekup mukanya.
“Bukan kau dah sebut ke tadi?”, perli Haikal mendatarkan suaranya. Hardie kembali memandang Haikal.
“Kau tahu, kesian gila kat Mira aku tengok. Menangis je tak henti. Aku pun dah tak tahu nak pujuk macam mana. Hari ni dia tak datang sekolah…”, belum sempat dia melanjutkan perbicaraannya, dia terlihat Zaliamimi sedang melangkah deras masuk ke dalam kelas mereka.
“Mati lah kau”, beritahunya ringkas. Haikal tidak mengerti. “Hah?”.
“Dasar kaki perempuan! Dah puas kau sakitkan hati kau, kau tipu adik aku bulat-bulat? Kurang ajar! Kau tengok apa dah jadi dekat Mira!”, bertubi-tubi Zaliamimi memarahinya.
“Mi, sabar Mi. Kau jangan nak sergah dia tiba-tiba”, halang Hardie. Zaliamimi menolak bahu Hardie dengan kasar dan terus mendekati Haikal. Wajahnya betul-betul didongakkan rapat ke wajah Haikal.
“Kau boleh buat apa yang kau suka dekat aku Haikal, tapi bukan dekat Mira. Aku tak kan maafkan perbuatan kau!”, dia terus berlalu. Haikal terkebil kaku.
“Hike, kau okay ke?”, tanya Hardie yang juga tidak menyangka hal tersebut berlaku. “relaxlah, perempuan kalau marah memang macam tu. Kau macam tak biasa”, pujuknya lagi.
“Huh, gila lah. Tak pernah dia cakap face to face dengan aku dekat macam tu. Pergh, tunggu lama baru dapat bro!”, kata-kata Haikal membuatkan Hardie tertawa. Memang cool habis lah kawan dia seorang ini.
“Hish! Aku ingat kau terkejut kena marah awek macam tu. Terpegun rupanya! Tak boleh harap!”, gurau Hardie.
“Haha.. jarang berlaku tu. Kau ada?”, jawabnya kembali lalu duduk di kerusinya. Biar lah kalau Zaliamimi hendak memarahinya kah, hendak mengancamnya kah, yang penting rindu terubat sedikit.
Zaliamimi mendengus geram di tempat duduknya. Namun jauh dalam benaknya, terasa seronok pula marah-marah seperti itu. terasa seperti waktu dulu-dulu apabila Haikal sering menganggunya. Dia tersenyum sendiri.
“Mi..! akhirnya kau datang juga. Aku rindu gila dengan kau”, sapa Tania yang baru sahaja naik ke kelas. Baru habis berjumpa Farish Adzim lah tu, getusnya.
“Rindu aku? Tak payah nak tipu lah. Aku tahu kau ada benda nak cerita kat aku. Bagitahu cepat!”, sindirnya manja kepada sahabat baiknya. Tania memuncungkan bibir tanda merajuk.
“Sebenarnya memang aku ada banyak nak kongsi dengan kau”, ujarnya manja sambil menyandar ke bahu Zaliamimi.
“Cerita lah… aku dengar okay?”, pujuknya perlahan sambil mengusap kepala rakannya. Dia kenal benar sikap Tania. Pasti dia mempunyai masalah sepanjang ketiadaan aku, desisnya.*



Gadis Sejuta -EP18-

“Haikal, aku minta maaf. Tolong jangan buat aku macam ni. Aku cintakan kau..”.
“Apa? Cinta? Selama ni aku beri kau seluruh hati, ada kau fikir? Pergilah dekat kekasih kau Farish. Bukan dia yang kau tunggu selama ni?!”.
“Tak Haikal… aku sayang kan kau. Jangan pergi dari hidup aku Haikal, jangan pergi..”
“Ah, biar kau tahu macam mana sakitnya hati dipermainkan!”,
“Haikal………!!!”.
Zaliamimi terjaga dari tidur panjangnya. Cahaya yang menerobos masuk ke tingkap bilik terasa silauannya memanah matanya yang kabur. “Astaghfirullahala’zim..”, ucapnya panjang. Igauan ngeri tadi seakan benar-benar berlaku. Namun bayangan Haikal sudah tidak bersamanya lagi. Zaliamimi menyentuh dahinya. Terasa sedikit turun suhunya berbanding semalam. “Esok aku dah boleh pergi sekolah”, bisiknya perlahan. Tidak tahan lama tanpa menatap wajah yang sangat dirindui.
“Mimi sayang… mari makan. Mama dah masak sedap-sedap untuk Mimi”, pujuk Zahrah yang tiba-tiba muncul. Zaliamimi menggelengkan kepalanya mencetuskan sedikit kemarahan kepada sang ibu. Bukannya tidak mahu tapi anak tekaknya masih tidak mahu menerima apa-apa. Masih trauma selepas beberapa kali memuntahkan isi perut yang tidak seberapa banyak. Sungguh menyakitkan!
“Mana boleh tak makan sayang. Nanti Mimi sakit kuat. Macam mana nak baik kalau tak mahu makan? Makan sikit ya sayang? Atau mahu mama suapkan? Dinner on bed?”.
Zaliamimi hanya tersenyum tawar. Bersetuju tidak, menolak pun tidak. Adiknya yang kebetulan mahu turun ke tingkat bawah terdengar pujukan ibu mereka di sebalik pintu yang terbuka sedikit. Kalau dahulu dia cepat berasa cemburu terhadap layanan mesra ibunya terhadap Zaliamimi, sekarang tidak lagi. Dia sudah tidak mahu ambil peduli tentang semua itu kerana dia kini mempunyai Haikal.
Seketika kemudian kelihatan Zahrah melangkah keluar dari kamar beradu anak gadisnya sulungnya. Langkahnya ditahan oleh si anak bongsu.
“Ma, it’s okay. I’ll bring dinner for Mimi”, ujarnya sambil tersenyum. Zahrah mengangkat keningnya. Seakan tidak percaya akan kata-kata yang baru sahaja diucapkan oleh anak gadisnya yang petah bertutur bahasa Inggeris itu. Zahrah mengusap kepala anak gadisnya dan memberikan kucupan pada ubun-ubunnya lalu turun ke tingkat bawah. Sepanjang perjalanannya menuju ke dapur dia mengukir senyuman. Zaliamira sudah matang sedikit, gumamnya.
Setelah menyediakan apa yang patut, Zaliamira menatang dulang yang berisi santapan makan malam dan masuk ke bilik Zaliamimi yang tidak berkunci.
“Mimi, aku bawa makanan ni untuk kau”, sapanya sambil meletakkan dulang tadi ke atas meja sisi katil Zaliamimi. Kakak kembarnya itu membuka mata dan mulai menggerakkan tubuh untuk duduk.
“Terima kasih. Baiknya kau?”, sindirnya. Entah mimpi apa lah adiknya ini tiba-tiba bersikap mesra semacam dengannya. Jarang sekali berlaku.
Zaliamira hanya mampu mengoles segaris senyuman manis. Dicapainya sudu makan dan mulai menyedok nasi bersama cebisan juadah sayur brokoli air tangan ibunya. Sudu yang sudah berisi itu diangkat tinggi bagi menyuap Zaliamimi namun ditahan.
“Biar aku makan sendiri. Aku boleh”, pinta Zaliamimi. Zaliamira meletakkan kembali sudu tadi ke dalam pinggan yang berbentuk bulat. “Aku masih tak ada selera nak makan”, keluhnya.
“Nah, kau minum jus ni sikit dulu. Mama lenyek sendiri oren ni tahu?”, ujar Zaliamira begitu beriya-iya. Zaliamimi meledakkan tawanya tiba-tiba. Berkerut dahi Zaliamira melihat gelagat kakaknya.
“Lenyek? Hei, mana kau jumpa perkataan tu? Kau dah lupa bahasa kau?”, sindir Zaliamimi lagi dan kali ini betul-betul mengena tepat ke dalam hati Zaliamira. Dia menundukkan wajahnya dan membisu. Zaliamimi meredakan tawanya. Mengapa dia diam? Mungkin aku terkasar sangat tadi, bisiknya.
“Kau nak datang sekolah ke esok?”, tanyanya menukar topik perbualan. Zaliamimi yang baru sahaja menghirup jus oren perahan ibunya menjawab, “entah lah adik, aku tak larat sangat-sangat. Asyik muntah je, sakit perut aku, dada aku dengan tekak aku ni. Kau tengok lah kalau lepas aku makan ni, mesti aku muntah punya”.
“Normal la tu kalau demam. Hari ni kan baru hari kedua kau demam. Mana ada orang baik daripada demam sehari dua je. Esok kau tak payah pergi sekolah la. Kesian aku tengok kau macam ni”, pujuknya. Zaliamimi akur dan menganggukkan kepalanya. Zaliamira tersenyum lagi. “Dah, mari aku tolong kau makan. Macam tak larat je kau nak angkat sudu tu”, ujarnya sambil tertawa kecil. Zaliamimi juga turut tertawa.*
            “Adi!”, Hardie menoleh ke belakang kerana terdengar suaranya dipanggil. Haikal yang masih jauh berlari anak menemuinya yang sedang menuju ke kelas mereka. “Ha, Haikal, kenapa?”, soalnya yang berasa pelik tatkala Haikal ingin menemuinya pagi-pagi seperti itu. Haikal tersengih. “Saja je aku nak borak dengan kau. Kenapa, tak boleh?”. Hardie membisu sejenak. Tidak tahu hendak membalas apa. Haikal pantas menangkap apa yang bermain dalam minda ketua kelasnya itu.
Relax la bro. aku dengan dia tak ada apa-apa lah”. Hardie mengangkat wajahnya memandang Haikal. “Eh, aku tak cakap apa-apa pun. Tak ada benda lah”, ujarnya mahu berdalih. “Alah, aku tahu lah. Aku pun ada awek. Dulu. Aku tahu kau bengang dengan aku pasal Mira kan?”. Hardie mengunci mulut lagi. Diam seribu bahasa.
“Adi, aku cakap kat kau, aku rapat dengan Mira pun sebab Mimi. Aku sekarang dah jauh dengan dia. Mira je lah satu-satunya harapan aku. Aku minta tolong sangat-sangat kat kau untuk faham situasi aku. Tapi kau jangan cakap kat Mira, nanti dia tak nak kawan dengan aku dah. Kau sendiri cakap, dia tak rapat dengan Mimi kan?”, terangnya panjang lebar. Lega sedikit hati Hardie mendengarkan ucapan Haikal sebentar tadi. Dia tersenyum kepada Haikal.
“Haa... macam tu lah. Apa barang touching-touching ni. Tak ganas lah!”, guraunya. Tanpa disedari mereka telah pun tiba di hadapan muka pintu kelas 5 Earth.
“Woi! Sombong kau sekarang ye?”, ada suara yang menyergah Haikal. Lalu dibiarkan sahaja Hardie masuk ke kelas terlebih dahulu. Nazrullah menepuk bahunya dari belakang.
“Eh, Naz. Rindu kau gila-gila!”, ucapnya teruja kerana sudah beberapa hari tidak berjumpa rakan rapatnya itu. Jimmy juga kelihatan seperti biasa, menjalankan aktiviti mereka yang menjaja muka di koridor bangunan.
“Tu lah kau, tak bagitahu kita orang awal-awal kau nak tukar kelas. Kalau tak kita orang join sekali”, gurau Nazrullah. Haikal hanya tersenyum kambing. “Bos, sampai hati kau tak bagitahu kita orang yang pengetua tu bapa kau. Nasib baik kita orang tak kutuk dia depan kau tahu tak?”, ujar Jimmy pula sambil membetulkan rambutnya yang terpacak.
“Bosan lah kau tak ada Hike. Tak ada misi, aduh... sekolah dah tak best macam selalu”, keluh Nazrullah. “Wei, yang kau orang sedih macam aku pindah sekolah ni kenapa? Over pula aih. Aku kat kelas sebelah je. Adui...”, mereka bertiga meleraikan tawa. Memang semenjak ketiadaan Haikal, aktiviti nakal mereka berkurang. Kalau dahulu, ada lah juga misi itu ini bagi memenangi hati Zaliamimi. Sekarang ini, pantas sekali keadaan berubah. Dengan Zaliamimi pun mereka jarang berbicara sekarang.
“Mimi apa cerita sekarang? Aku...”, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, tumpuannya diganggu oleh kehadiran Zaliamira.
“Pagi Hike. Kau buat apa kat luar ni? Jom masuk kelas”, ajaknya membuatkan Nazrullah dan Jimmy terdiam seketika. Haikal teragak-agak untuk menjawab. Dengan tidak semena-mena Nazrullah dan Jimmy ketawa besar kerana tidak dapat ditahan sudah.
“Hahaha! Kau salah orang ke ni Hike? Tu Mira la, bukan Mimi. Jimmy, kau tengok kawan kau ni, rabun ayam. Hahaha..”, lantang suara Nazrullah mentertawakan Haikal. Zaliamira yang sedang menanti di hadapan muka pintu mencebik marah.
“Aku tahu lah tu Mira. Aku masuk kelas dulu”, jawabnya ringkas. Nazrullah dan Jimmy ternganga sebentar, berpandangan sesama sendiri. Terkedu melihat Haikal yang benar-benar mengikuti langkah Zaliamira masuk ke kelas.
“Haa...?”, Jimmy menggelengkan kepalanya. “Apa dah jadi wei?”, tanyanya kepada Nazrullah. Rakannya itu langsung tidak berkelip mata. Masih terkejut.
“Aku dah cakap, bukan aku lah!”, mereka berdua dikejutkan oleh suara Tania yang menjerit dari dalam kelas mereka, 5 Mercury. Kelam-kabut mereka masuk ke kelas untuk mengetahui hal yang sedang terjadi.
Kelihatan Tania yang sedang duduk di kerusinya sedang bertelagah dengan Farish Adzim. “Lembaga hijau ni lagi”, keluh Nazrullah. Semua yang lain seperti biasa, memasang telinga. Syarena yang sedang mencari pas keluar kelas menghentikan pencariannya. Aen shaufi yang sedang menyapu kelas bersama Izian juga menghentikan penyapuan mereka manakala Xian Lie yang sedang membaca novel yang bercoret tulisan cina menutup bukunya dan mendengar perbualan yang mengganggu pembacaannya.
“Habis tu kalau bukan Nia siapa lagi? Farish malu tahu tak? Kan kita dah janji, jangan sampai orang lain tahu. Farish malu lah bila orang kata Farish ni nama je ketua pengawas sekolah”, marah Farish Adzim yang mencuba untuk merendahkan suaranya.
“Kan satu kelas ni dah tahu yang kita couple. Mesti lah dia orang sebar cerita”, bantah Tania yang tidak mahu kalah.
“Nia nak tuduh kawan-kawan Nia? Dia orang semua pun dah kenal lah dengan perangai Nia yang suka heboh”.
“Apa?!”, kali ini Tania benar-benar tidak dapat mengawal amarahnya. “Baik, Farish malu sangat sebab ketua pengawas couple-couple kan? Fine! Mulai hari ni, kita clash!  Dah, pergi cakap kat dia orang yang mengata Farish tu yang Farish dah single sekarang. Puas?!”, semua yang sedang mendengar tersentap. Tidak sampai dua minggu dua merpati sejoli ini menjadi pasangan kekasih akhirnya hubungan mereka terputus dengan cara sebegini. Sekali lagi mereka semua menjadi saksi putusnya sesebuah hubungan buat kali kedua setelah hampir sebulan yang lalu. Kes Zaliamimi dan Haikal yang dahulunya menjadi kontroversi yang hebat dalam kelas mereka. Kini, kisah sahabat baiknya pula, Tania.
Farish dengan perlahan menuju ke tempat duduknya. Dia tidak pandai dalam bab memujuk. Lagi pula, baginya mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik. Maruahnya sudah banyak kali tercalar. Termasuk kali ini, Encik Ahmad Alif yang terkenal dengan prinsip anti bercinta sewaktu persekolahan sudah menerima berita tentang hubungannya bersama Tania. Respon beliau sebagai seorang ustaz itu memberi impak yang mendalam terhadap Farish Adzim seterusnya mencetuskan tekanan dalam perhubungannya dengan Tania. Komunikasi di antara mereka juga seringkali gagal.
Tania menekup mukanya dengan buku teks matematik tambahan yang tebal itu. Malu yang teramat apabila perbualannya menjadi halwa telinga rakan-rakannya pada awal pagi sebegitu. Matanya juga sudah berair. Sakit rasanya hati apabila yang tersayang mengatakan bahawa dia seorang yang heboh walhal dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menjadi pasif sejak dia menerima cinta Farish Adzim. “Mimi... mana kau? Aku perlu kau sekarang...”, tangisnya bersendirian.



“Woi, apa lagi kau duduk kat situ? Pergi lah pujuk. Pandai gaduh tak pandai nak settle”, marah Nazrullah yang sedang duduk. Jimmy yang tidak mahu masuk campur buat-buat memeriksa buku kutipan duit kelas bulanannya. Farish Adzim berlagak tenang. “Dah settle dah”, jawabnya pendek. Nazrullah menggelengkan kepalanya dan segera menuju ke tempat duduk Tania. Dia tahu betapa gadis itu memerlukan rakan baiknya pada saat ini namun dia sendiri juga tidak tahu menahu di mana kah gerangan Zaliamimi.
“Sudah lah Tania, kau jangan nangis lagi. Cikgu bila-bila je nak masuk kelas. Kau pergi basuh muka kau. Nah, pas keluar kelas”, pujuknya kepada Tania yang tidak mahu menoleh kepadanya sedikit pun. Farish Adzim dari jauh memerhati tindak-tanduk rakannya yang tidak pernah dia duga. Syarena mencekak pinggang. “La... pas keluar kat kau rupanya?”, marah Syarena. Puas dia mencari ke hulu ke hilir dari tadi namun tidak berjumpa.
Nazrullah mengangkat jari telunjuknya dan dihalakan ke bibirnya memberi isyarat agar Syarena tidak bercakap lebih lanjut. Tania tersentuh.  Tidak pernah Nazrullah begitu mengambil berat tentangnya. Perlahan-lahan dia mencapai pas keluar kelas dari tangan Nazrullah dan segera keluar dari bilik darjah. Nazrullah menghembus nafas lega.
“Kau apa hal macam tu? Ngeri aku tengok”, Jimmy berkata-kata sinis. Nazrullah duduk di kerusinya tanpa sebarang kata. Entah lah, aku tak boleh tengok Tania sedih macam tu. Mungkin aku terbiasa tengok dia happy go lucky, desisnya dalam hati. Dia memang membantah keras apabila Tania berkasihan dengan Farish Adzim sejak hampir dua minggu lepas. Perwatakan Tania berubah 360 darjah sekaligus mengubah lagi keadaan kelas mereka yang bagai kehilangan seri sejak pemindahan Haikal. Sudah tidak seceria hiasan kreatif bilik darjah mereka hasil tangan Aen Shaufi dan Izian.
Lain pula situasinya dalam bilik darjah 5 Earth. Bising dan kecoh kerana Puan Marliana tidak masuk ke kelas untuk mengajar dan hanya meninggalkan tugas sahaja melalui pesanan kepada Hardie. Bersorak sakan lah mereka.
“Hike, kau boleh tak tolong ajar aku pasal ‘lymphatic system’ ni? Kau orang dah belajar dulu kan bab ni?”, soal Zaliamira dengan manja. Hardie yang sedang leka menulis soalan-soalan yang diberikan pada papan putih menghenti langkah, termati bicara. Mahu juga dia menoleh ke belakang untuk melihat perlakuan kekasihnya itu namun dia tegarkan hati. Dibiarkan sahaja Zaliamira dengan permainannya manakala Hardie pula, semakin tercabar kesabarannya.
“Mengarut! Nak minta ajar kat Hike padahal aku ni siap tuisyen Biologi, apa guna?”, marahnya sambil meneruskan lagi penulisannya. Pena penanda papan putih itu ditekan keras ke papan putih yang berkilat menambahkan lagi bunyi berdesing dan ngilu. Penulisannya juga semakin laju.
Haikal memahami perubahan Hardie namun dia buat tidak tahu. Begitu juga Zaliamira. “Memang kita orang dah belajar topik ni tapi aku tak pandai sangat lah. Kau pergi lah tanya Adi. Dia kan tuisyen, mesti lagi pandai”, perlinya kepada Zaliamira. Gadis itu menjeling tajam. “Tak apa lah kalau kau tak nak ajar. Aku belajar sendiri”, rajuknya lalu beredar dari meja Haikal.
“Eh, kejap! Jangan lah pergi dulu. mari duduk sini dengan aku. Kita buat latihan ni sama-sama okay?”, pujuknya mencipta senyuman pada bibir Zaliamira. Leka benar keduanya menyalin latihan yang tertera pada papan putih. Hardie sudah pun habis menulis ke semuanya dan kini dia harus menyalin semula ke dalam buku latihannya.
“Mira...”, panggil Haikal manja membuatkan Zaliamira meremang seluruh tubuhnya dan menggetarkan hatinya. Mata Haikal yang tajam merenungnya dibalas dengan renungan yang sama, menanti kata-kata lanjut daripada Haikal.
“Aku nak ajak kau keluar petang ni”, tambahnya dengan nada separuh berbisik. Cukup romantik! Zaliamira kaku sebentar. Lidahnya kelu. Saat yang dinantikan telah tiba. Dia rela korbankan segalanya bagi menanti saat ini.
“Boleh..”, jawabnya yang bagai dipukau. Jarak mereka yang duduk berhadapan itu cukup dekat. Serendah mana pun suara mereka, pasti akan kedengaran sesama sendiri. Namun bagi Haikal jarak yang pendek itu belum cukup dekat lalu didekatkan lagi wajahnya kepada Zaliamira.
“Kita pergi lepas kelas okay?”, bisiknya lagi. Zaliamira mengangguk lemah. Tidak berani bersuara sepatah pun. Haikal memang pandai menggoda.
“Tapi mama...”, Zaliamira menarik mukanya dan memandang ke lantai. Tidak sanggup membalas renungan Haikal yang dalam itu. Ia membuatkannya jatuh cinta sekali lagi kepada Haikal!
“Kau bagi aku nombor telefon Mimi”.
“Apa?!”, Zaliamira terjaga daripada pukauan Haikal. Kedudukannya diperbetulkan dan jarak yang semakin jauh sudah tercipta. Haikal yang tidak mengubah apa-apa kedudukan ditenungnya tajam.
“Sshh... jangan bising. Nanti orang tahu”, arahnya masih lagi separuh berbisik. Zaliamira kembali merapatkan wajahnya kepada Haikal.
“Aku akan bagitahu Mimi yang kau balik lambat. Mesti dia dengar punya. Dia boleh jadi back up kita”, ujarnya lagi. Zaliamira berfikir-fikir. Ada benarnya kata-kata Haikal sebentar tadi tapi... “Tapi Hike, kita orang berdua tak ada handphone. Abah tak bagi. Kalau kau nak, telefon rumah je lah yang ada”. Haikal terus rebah ke mejanya.
“Aduh.. kenapa tak ada pula?”, suaranya tiba-tiba menjadi kuat. Penat lelahnya mencipta lakonan akhirnya menjadi sia-sia. Rindu kepada Zaliamimi disangkanya dapat dikikis sedikit dengan menelefonnya namun rupanya mereka berdua tidak mempunyai telefon bimbit. Haikal mengalah. Adegan romantik tadi bertukar wajah.
“Habis macam mana ni? Jadi ke tak?”, soal Zaliamira yang sudah kerisauan kerana idea bijak Haikal tidak dapat dilaksanakan. Haikal menggaru kepalanya kerana terasa rimas.
“Telefon rumah pun jadi lah. Kita tukar plan. Kau tulis nombor telefon rumah kau kat sini”, Haikal menghulurkan buku nota Biologinya dan dibuka sehingga ke lembaran terakhir. Setelah Zaliamira selesai mencoret nombor telefon kediamannya, dia menyoal Haikal, “ lepas tu buat apa?”.
Haikal termenung jauh. Kalau hendak dibatalkan pertemuan petang ini pasti gadis ini akan marah dan akan menghidu rancangannya yang semata-mata ingin mengetahui tentang Zaliamimi. Haikal menemui jalan buntu.
“Jadi tak ni?”, soalnya ingin tahu.
“Jadi... Lepas habis kelas nanti aku telefon Mimi suruh dia bagitahu mama kau yang kau balik lambat”, Haikal mengeluh saat Zaliamira sudah tersenyum suka.
Yes!”, sorak Zaliamira gembira. Mati lah aku, keluh Haikal.
            Bahagianya Zaliamira pada hari itu bukan kepalang. Ketiadaan Zaliamimi selama dua hari ini melicinkan lagi usahanya bagi merebut hati Haikal. Namun usahanya tidak sia-sia. Segala tenaga yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil. Pada waktu rehat, mereka berdua berjalan beriringan seperti pasangan kekasih sudah. Manjanya Zaliamira berjalan rapat di sebelah Haikal sambil bergurau mesra diperhatikan oleh ramai pelajar termasuklah rakan-rakan kelas 5 Mercury.
“Wei, aku pelik lah. Kalau ya pun dia angau sangat dengan Mimi, tak kan sampai kembar Mimi pun dia rembat? Bukan Mira tu awek Adi ke?”, soal Jimmy yang ternampak kelibat Haikal bersama Zaliamira melintas di hadapan kelas mereka.
“Tak mungkin lah. Kau sendiri tengok kan pagi tadi? Hike bukan main lagi dengan Mira sampai sanggup dia tinggalkan kita kat luar”, bidas Nazrullah yang sedikit terluka dengan perlakuan Haikal. Bukan kerana peristiwa pagi tadi tapi kerana sikap Haikal yang melupakan Zaliamimi begitu sahaja setelah pelbagai usaha digiatkan bagi memenangi hati gadis ayu itu.
“Aku tak percaya lah Haikal ada apa-apa dengan budak lain. Aku tahu macam mana dia suka kat Mimi”, ujar Jimmy penuh yakin. Nazrullah mengunci mulutnya. Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi.
“Sebelum kita pergi makan, kita kena call Mimi dulu”, arahnya kepada Zaliamira. Gadis itu hanya mengikut sahaja arahan Haikal. Dia mengeluarkan beberapa keping duit syiling setelah hampir ke pondok telefon awam milik sekolah mereka. Duit syiling bernilai sepuluh sen dimasukkan ke dalam ruang yang sepatutnya dan dia mulai menekan punat nombor mengikut nombor yang diberikan Zaliamira.
Gagang telefon awam itu diletakkan hampir dengan telinganya. ada bunyi deringan kedengaran membuatkan Haikal berdebar. Angkat lah Mimi... pintanya dalam hati.

"Hello?", ada suara yang menjawab panggilannya. Haikal mengerutkan dahinya. Ini bukan suara Mimi! cepat-cepat dia serahkan gagang tersebut kepada Zaliamira.

"Hah?", Zaliamira kebingungan. tidak tahu hendak berkata apa. Haikal terpaksa berbisik sesuatu kepadanya untuk dibicarakan.

"Ye, mama. I have something to do after class today. I will be late. Don't worry, I'll go back by myself", gagang diletakkan kembali kepada penyangkutnya. Mereka berdua tersenyum.
“Kau nak makan apa ni? Aku belanja”, ujarnya kepada Zaliamira. Bertambah suka lah gadis itu. Mereka duduk makan berdua mencipta gosip liar di antara rakan-rakan sekeliling mereka. Ramai yang mengetahui kisah cinta Haikal bersama Zaliamimi namun sejak dua menjak ini, Haikal berubah arah, apatah lagi kepada seseorang yang sudah mempunyai kekasih. Mereka berbisik sesama sendiri namun tidak diendahkan langsung oleh Zaliamira dan Haikal. Setelah keduanya selesai makan tengahari, mereka beredar keluar dari kantin sekolah.
“Hike, jom lah lepak dengan kita orang”, ajak Jimmy yang juga kebetulan baru sahaja keluar dari kantin sekolah. Haikal memandang Zaliamira meminta kebenaran. Setelah gadis itu mengangguk, Haikal mulai bergerak bersama Jimmy dan Nazrullah.
“Bro, aku nak tanya kau ni. Kau ada apa-apa dengan Mira ke? Kau dah lupa cinta Zalia kau?”, tanya sambil merangkul bahu Haikal.
“Biasa lah bro, lelaki kan. Mana cukup seorang”, ujarnya sambil tertawa terbahak-bahak. Jimmy juga turut ketawa bersama.
“Aku tanya serius ni. Hardie tak bengang dengan kau ke?”.
“Tak lah. Buat apa? Alah Naz, Jimmy, kau orang macam tak kenal aku”, ujarnya berbasa basi.
“Ha.. kan aku dah cakap. Bos, jangan risau. Aku yakin kau dengan dia tak ada apa-apa. Aku kenal kau macam mana”, ujar Jimmy membuatkan Nazrullah berkerut dahi.
“Aku nak tahu je. Karang si Mimi kau tu tanya aku, aku tak tahu nak jawab apa”, Nazrullah mencuba mencipta alasan. Haikal menepuk belakang kedua-dua rakannya itu. Rindu yang tersangat melayan telatah mereka yang nakal.
“Mira!”, panggil Hardie yang berlari anak bagi mendekati Zaliamira. Zaliamira menoleh ke belakang. Hardie! Satu hal yang belum selesai lagi. Tak apa, aku akan habiskan sekarang juga, nekadnya.
I ada benda nak cakap dengan you”, ujarnya yang kini berjalan seiring dengan langkah kaki Zaliamira.
“Hm, eloklah. I pun ada benda juga nak cakap dengan you”, balasnya ego, tidak mahu menatap wajah kekasihnya itu. Hardie menoleh kepadanya dan menarik lengannya agar dia menghentikan langkah.
“Apa ni? Lepas lah. Tak malu ke orang tengok?”, marahnya.
“Malu? Habis you tu berjalan ke sini sana dengan Hike bagi semua orang tengok kau orang mesra, tak malu?”, Hardie meninggikan suaranya. Dia tidak kisah kerana kawasan itu aman daripada kehadiran pelajar yang lain. Zaliamira terdiam.
You cakap dengan I sekarang. Siapa pakwe you sebenarnya? I ke dia?”. Zaliamira merenungnya tajam.
You nak tahu? Ya! I suka kat Hike. I tak nak you masuk campur hal I dengan dia lagi okay?!”.
I tak faham. Apa salah I pada you? You janji you nak berubah. You tengok apa jadi sekarang?”.
“Hei, you cermin la muka you sikit. You padan ke dengan I? Cuba you banding diri dengan Hike. Hike jauh lagi handsome dari you. You tahu tak? Dah lah, stay away from my life!”, tengkingnya kasar. Hardie membisu. Dunia yang sedang berputar bagai berputar dengan laju. Dadanya sesak dan kepalanya terasa berat. Kekasih yang begitu disayangi telah pergi meninggalkan luka di hati. Tidak pernah selama ini mereka bertekak sebegini teruk dan yang paling memilukan adalah apabila Zaliamira memutuskan untuk tiada kaitan lagi dengannya. Hardie menekan dadanya yang terasa sakit. Pedihnya, hanya Allah sahaja yang tahu. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah kerana pada awal hubungan mereka, dia lah yang selalu dipuji Zaliamira tentang betapa segak dan kacaknya dia. Hardie kecewa. Dia ingin menemui Haikal sekarang juga.
“Aku masuk kelas dulu la”, pohon Haikal kepada dua rakannya itu. Mereka juga ingin masuk kelas mereka. Setibanya Haikal di dalam kelas, dia ditarik oleh Hardie keluar daripada bilik darjah. Jauh juga lah tangannya ditarik sebegitu sehingga mereka tiba di tandas lelaki.
“Apa hal ni? Nak gaduh ke?”, tanyanya tidak puas hati.
“Gaduh kepala otak kau. Aku tengah sakit kepala ni”, ujar Hardie tenang namun tergambar kekusutan pada matanya.
“Habis? Kau nak aku buat apa? Picitkan kepala kau?”, Haikal memandang rakannya dengan riak muka kepelikan.
“Bukan lah. Ni pasal Mira...”, suaranya menjadi sayu. Haikal membiarkan Hardie menghabiskan ayatnya.
“Kita orang gaduh tadi. Dia cakap dia suka kat kau lepas tu dia tak nak ada apa-apa dah dengan aku”. Haikal terasa serabut menguruskan hal yang berkaitan dengan Zaliamira. Otaknya ligat mencari jalan keluar.
“Macam ni, petang ni aku keluar dengan dia...” kata-katanya dipotong oleh Hardie, “apa?!”.
“Dengar lah dulu. aku tak dapat nak tukar plan dah. Aku bukan nak keluar dengan dia betul-betul pun. Nanti aku suruh dia tunggu kat bus stop luar, kau pergi bawa dia balik okay? Sebab kau terus balik lepas kelas ikut bapa aku. Motor aku dah kena tarik, bapa aku kawal ketat aktiviti aku. Boleh? Peluang ni”, terangnya panjang lebar. Hardie mengangguk tanda mengerti.
“Dah, jangan sakit kepala lagi. jom masuk kelas”, ajaknya sambil menepuk lembut bahu Hardie. Sensitif betul kawan aku ni, gumamnya sambil tersenyum sendiri.






Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
Suster Fyza is licensed
Based on a work at secebis-kertas.blogspot.com.