Dengan Berbesar Hati..


Gadis Sejuta -EP 16-

             Zaliamimi mengangkat wajahnya melihat Haikal dengan mata sembabnya. Masih ada sisa airmata yang belum dikesat dari kelopak matanya. Haikal berbisik dalam hati, Mimi, kau kenapa? Ditatapnya betul-betul gadis itu. Ada sesuatu yang Zaliamimi cuba sembunyikan di sebalik pelukannya. Haikal diserang rasa curiga.
“Apa tu?”, tanyanya ingin tahu. Zaliamimi kembali menundukkan wajah sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap kotak kecil itu.
“Tak ada apa-apa lah”, bergetar suaranya menjawab pertanyaan tadi lalu segera melarikan diri meninggalkan Haikal terkebil sendiri. Hancur juga rasa hatinya tatkala suatu peluang yang dia sangkakan dapat berbual sebentar bersama Zaliamimi berlalu dengan hanya sekelip mata. Mimi… kau betul-betul bencikan aku?
“Haikal !”, panggil ayahnya dari koridor tingkat dua. Haikal mencari punca suara ayahnya dan menghalakan pandangannya ke tempat tersebut.
“Ya ayah?”, jawabnya.
“Jom balik. Ayah dah habis kerja”, Tuan Haji Hussien bergerak menuruni anak tangga manakala anak lelakinya itu berjalan menemuinya untuk pulang ke rumah bersama.
Where were you? We’ve been waiting for you for so long now. Hish! Orang nak balik rumah cepat tahu tak?”, marah Zaliamira kepada kakaknya sebaik sahaja Zaliamimi memasuki kereta ibu mereka. Zaliamimi hanya membisu. Tidak ada kudrat untuk bertekak.
“Sudah lah tu. Kan Mimi dah sampai ni. Dah, put on your safety belt”, bela Zahrah. Zaliamira menarik mukanya. Dia sudah seharusnya mengerti kesalahan Zaliamimi pasti dianggap benar pada mata ibunya. Sempat lagi dia menjeling kakaknya yang duduk di kerusi belakang. Namun pandangannya menyinggah pada sebuah kotak di atas riba kakaknya. It must be something, gumamnya lalu membiarkan sahaja Zaliamimi melayarkan fikirannya ke luar cermin kereta.
Tok, tok, tok! Pintu bilik Zaliamimi diketuk keras. Lambat-lambat dia menuju ke muka pintu dan memusingkan tombol pintu. Kelihatan Zaliamira tercegat di hadapannya.
“Aku nak tanya sikit dengan kau”, ujarnya sambil masuk ke dalam ruang bilik tanpa dipelawa. Zaliamimi kembali duduk di tilam empuknya manakala Zaliamira bediri di pintu balkoni sambil menyilangkan tangannya.
“Kau ada apa-apa yang special ke dengan Haikal?”, tanyanya dengan nada yang sombong.
Zaliamimi masih mendiamkan diri. Mengapa nama itu sering sahaja memenuhi ruang hidupnya?
“Ada ke tak ada?”, tekannya apabila tiada respon daripada Zaliamimi. Zaliamimi hanya mampu menggelengkan kepalanya. Zaliamira berpuas hati.
Good. Sebab aku tak mahu orang kata aku ni perampas kekasih orang”.
Zaliamimi mengangkat muka, terkejut. “Apa maksud kau?”, cepat-cepat dia bertanya.
“Mimi, since kau sendiri kata tadi kan, kau tak ada apa-apa dengan Haikal. Jadi boleh lah aku tackle dia. Lagipun, aku tengok dia macam suka kat aku. Asyik pandang aku je dalam kelas”, ujarnya bangga.
“Hmm.. bagus lah. Aku gembira untuk kau. Dah lah, aku nak tidur. Tolong tutupkan pintu”, arahnya lemah. Zaliamira mengerutkan dahinya. Belum lagi dia habis bercerita sudah dihalau keluar. Namun melihatkan kembarnya yang sudah terbaring berselimut, dia turutkan sahaja lalu melangkah keluar.
Sebaik sahaja kedengaran pintunya ditutup rapat, Zaliamimi membuka matanya. Patut lah kau sudah tidak memandang aku, tidak mencari aku seperti dahulu. Rupanya kau sudah jumpa pengganti aku, Haikal. Adik aku sendiri… Zaliamimi kembali menangis. Ya, cinta sungguh menyakitkan. Namun dia harus redha, ini semua berpunca dari kesilapannya.*
“Adik, kakak kenapa tak turun lagi? Pergi panggil cepat”, arah ayahnya, Asfi sedang dia membantu isterinya menghidangkan makan malam. Baru sahaja Zaliamira menaiki anak tangga, ibunya berkata, “biar mama yang pergi panggil Mimi. Adik, you help abah”. Terkocoh-kocoh Zahrah mendaki tangga yang berbentuk putaran itu.
“Mimi… mari turun makan”, panggilnya dari luar pintu. Senyap. Tiada sahutan dari anaknya itu. perlahan-lahan dia putarkan tombol pintu. Sekujur tubuh anaknya sedang lena di atas tilam empuk. Zahrah duduk di sisi Zaliamimi dan menyentuh lembut bahunya.
“Mimi, bangun sayang. Kita makan sama-sama”, panggilnya lagi. Zaliamimi membuka kelopak matanya yang terasa amat berat dan menggelengkan kepalanya. Zahrah semakin khuatir. “Kenapa ni sayang? Mimi tak sihat ke?”, tanyanya sambil menyentuh dahi Zaliamimi dengan belakang telapak tangannya. Panas! “Mimi demam ni. Mama bawa pergi klinik ye?”.
Zaliamimi menggelengkan kepalanya. Dipaksa kotak suaranya untuk berfungsi. “Mi.. ma..kan u..bat je, ma”, tersekat-sekat tatkala dia cuba untuk berkata-kata. Zahrah menggelengkan kepalanya. “Tak boleh. Mimi kena ikut mama pergi klinik juga. Mama turun sekejap nak bagitahu abah. Mimi bersiap ye?”.
“Hah, Mimi mana Sarah? Tak nak makan ke?”, Asfi yang terbiasa memanggil isterinya dengan panggilan manja ‘Sarah’ berasa pelik tatkala Mimi tidak kelihatan.
“Mimi demam, abang. Ni Sarah nak hantar dia pergi klinik”,ujarnya sambil mencapai kunci kereta yang tergantung di dalam kotak kunci.
“Demam? Biar abang yang hantar lah, Sarah”, arah Asfi sambil diperhatikan oleh Zaliamira. Baru demam, sudah mama dengan abah kelam kabut macam ni. Memang tak adil! bentaknya dalam hati. Namun dia tidak mahu menyuarakan apa-apa. Risau nanti dia pula yang dimarahi. Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini.
“Taka pa, abang makan dulu. Biar Sarah yang pergi hantar”, Zahrah masih berkeras. Asfi hanya mampu menurut sahaja kerana dia kenal benar sikap isterinya yang memang terlalu sayangkan puteri mereka yang satu itu.
Drive carefully”, pesannya ringkas lalu membacakan doa makan bersama Zaliamira.
            Suasana dalam kediaman Asfizahrah agak sunyi pada malam itu kerana hanya Asfi bersama Zahrah sahaja yang duduk bersantai di ruang tamu. Zaliamimi dibiarkan berehat di dalam bilik manakala Zaliamira pula, seperti biasa, berkurung di dalam bilik.
“Apa doktor cakap?”, soal Asfi memecah kesunyian.
“Demam dia tinggi. 39 darjah selsius. Tak sampai hati Sarah tengok Mimi, abang. Makan pun dia tak nak. Asyik muntah je. Itu pun lepas makan ubat, baru dia boleh tidur”, jawabnya resah. Perbualan mereka terhenti apabila terlihat kelibat Zaliamira yang turun ke dapur bagi membasahkan tekak.
“Adik, kakak masih tidur ke?”, tanya Zahrah setelah Zaliamira keluar dari dapur.
“Entah. Didn’t see her”, jawabnya acuh tak acuh.
Could you please? Thank you”, pinta Zahrah pula yang mengarahkan agar Zaliamira melihat keadaan kakaknya. Zaliamira mendengus marah apabila disindir begitu. Menyusahkan! Zahrah kembali bercakap-cakap dengan Asfi perihal Zaliamimi. Zaliamira yang sedang menaiki tangga berhenti sebentar bagi mendengar perbualan ibu bapanya.
“Doktor bagi dia cuti esok. Katanya, kalau demam Mimi masih tak turun lagi dalam tiga hari ni, bawa ke klinik sekali lagi untuk buat ujian darah. She said, it could be viral fever or dengue fever”. Zaliamira tersenyum sendiri. “Mimi cuti esok!”, bisiknya perlahan dan segera menuju ke atas. Perlahan-lahan dia menolak daun pintu bilik kakaknya. Zaliamimi kelihatan sedang nyenyak tidur. Dia tersenyum lagi. Esok, peluang keemasan bagi aku. Haikal, aku akan rebut hati kau!*
            Morning Hike! Termenung apa pagi-pagi ni?”, sapa manja Zaliamira sebaik sahaja masuk ke kelas 5 Earth. Belumpun dia duduk ditempatnya, dia terlebih dahulu menuju ke tempat duduk Haikal semata-mata untuk memberikan ucapan pagi.
Haikal hanya membisu. Dagunya ditongkat dengan tangan kiri dan pandangannya menerobos jauh ke luar tingkap bilik darjah. Sedar akan dirinya yang tidak diendahkan, Zaliamira segera berlalu meninggalkan Haikal bersendirian. Ini pasti kerana Mimi! Marahnya sendirian. Zaliamira berfikir-fikir sebentar. Jika hanya kakak kembarnya sahaja yang dapat mencairkan hati batu Haikal, dengan cara itu lah juga dia akan lakukan-walau apa cara sekalipun!
Bunyi geseran pen penanda pada papan putih mencipta irama yang mengilukan. Setelah selesai patah-patah yang ingin ditulis, Hardie kembali menutup pena penanda tersebut dan meletakkannya bersebelahan dengan pemadam papan putih. Rakan-rakan kelas yang lain membaca dengan teliti bait-bait yang tercoret. “Lengkapkan nota komsas sehingga sajak ‘Antologi Kerusi’. Ustaz ada perjumpaan dengan lembaga pengawas. Jangan buat bising. Dari, Encik Alif”. Masing-masing tersenyum. Guru disiplin yang mereka panggil sebagai Ustaz itu lewat masuk ke kelas lagi. Ada juga yang mengeluh kerana nota yang harus disiapkan itu terlalu panjang dan beliau mahu ia dilengkapkan pada hari ini juga.
“Mira, you dah siap? Kalau belum, you boleh tiru nota I. I  dah lama siapkan”, tanya Hardie kepada buah hati kesayangannya.
“Eh, aku nak pinjam dulu!”, celah Haikal sambil terus meragut buku nota berkulit keras itu daripada rangkulan Hardie. Riak wajah Hardie jelas ingin memarahi Haikal namun Zaliamira pantas memberi jawapan, “tak apa lah Adi, I pun dah siap. Lagipun Hike kan budak baru mesti nota dia dengan nota kita banyak tak sama”. Haikal menjuihkan bibirnya. Menyampah!
Hardie terpaksa mengalah dan duduk semula ke tempatnya. Jarang sekali dia berani untuk bertekak dengan Zaliamira. Bukan apa, kerana terlalu sayangkan kekasih lah katakan. Walaupun rakan-rakan yang lain selalu tidak kering gusi untuk menasihatkannya agar segera meninggalkan Zaliamira dan cari yang lain, dia tetap berkeras untuk setia. Walau pada hakikatnya, apa yang disuarakan oleh rakan-rakannya itu benar, Zaliamira mengawal segala pergerakkannya dan selalu berlaku curang. Hardie yakin, suatu hari nanti Zaliamira akan membuka matanya kepada kebenaran.
“Nah!”.
Haikal yang sedang leka menyalin nota mengangkat wajahnya, meletakkan pena mata bola ke atas meja. Zaliamira yang sedang berdiri dihadapannya sedang menghuurkan sekeping kertas yang dilipat kemas.
“Apa ni?”, soalnya berbasa-basi.
“Surat untuk kau..”, Haikal terus menyambung menulis dan tidak mahu mendengar apa-apa lagi. semakin meluat dengan sikap yang ditonjolkan oleh Zaliamira. Zaliamira tahu respon sebegitu yang akan ditunjukkan oleh Haikal. Dia berlagak tenang dan tetap berdiri kukuh di situ lalu menyambung ayatnya yang tergantung tadi.
“Dari Mimi”. Haikal berhenti menulis. Keningnya dikerutkan. Mimi…



Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
Suster Fyza is licensed
Based on a work at secebis-kertas.blogspot.com.