Dengan Berbesar Hati..


Meniti Pelangi Menanti Matahari -Episod 6-

kolej dan membawanya ke bilik istirehat kolej.
Setelah pensyarah perempuan tadi yakin sudah tiada lelaki di dalam bilik tersebut, dia dengan teliti membuka balutan tudung Alfira agar Alfira mendapatkan pengudaraan yang lebih baik. Mata Alfira masih terbuka namun kelihatan sangat layu dan tubuhnya menggigil kesejukan.
“Alfira, kamu dengar suara saya tak? Jangan tutup mata, buka luas-luas”, arah Puan Saodah, pensyarah tadi sambil menepuk perlahan pipi Alfira untuk pastikan bahawa Alfira berada dalam keadaan yang sedar. Matanya yang menatap wajah pucat Alfira kemudiannya melirik ke bahagian kaki untuk menanggalkan kasut dan stokin yang disarungkan. Namun lirikan itu terhenti di bahagian abdomen Alfira yang jelas kelihatan membukit apatah lagi dalam posisi Alfira yang sedang berbaring. Puan Saodah mengerutkan dahinya. Kelam kabut dia mencapai stetoskop yang tergantung di kabinet dan segera mendengar denyutan nadi perut Alfira. Dahinya yang berkerut tadi dikerutkan lagi. Matanya juga membulat apabila dia memeriksa di sekeliling perut Alfira. MasyaAllah,benarkah ini? Dia yakin tidak tersalah teka kerana dia sudah bertahun-tahun berada dalam bidang perbidanan. Ya! Alfira sedang hamil.
“Cik Zulaikha, tolong telefonkan ambulan untuk datang ke sini. Kita harus hantar pelajar ni ke hospital sekarang”, pinta Puan Saodah kepada seorang lagi pensyarah yang diperintahkan untuk membantunya di situ. Tanpa sepatah kata, cik Zulaikha dengan cemas segera menekan-nekan butang nombor di dada telefon bimbitnya. Alfira yang tidak mengerti akan apa yang sedang berlaku disekitarnya membiarkan sahaja Puan Saodah melonggarkan butang bajunya. Dinding-dinding bilik itu dilihatnya seakan-akan bergerak mengelilingnya menambahkan lagi pening di kepala. Alfira menjadi semakin lemah dan dia dengan spontan menutup rapat kedua-dua matanya. “Alfira? Bangun Alfira, bangun!”, jerit Puan Saodah namun tidak berkesan. Alfira yang kaku menunjukkan sifar respon. Sejurus kemudian, kedengaan bunyi siren ambulan. Puan Saodah berasa sedikit lega.
*        *     *

                                             

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
Suster Fyza is licensed
Based on a work at secebis-kertas.blogspot.com.