Aku masih mencari. Aku masih menunggu. Walau ku mengerti ceritera cinta teragung kita sudah terhapus dari hati merahmu, aku tidak akan pernah berhenti untuk berharap. Lihatlah! Aku gadis yang sentiasa teguh di hadapanmu. Gadis yang pernah kau cintai, yang dahulunya hanya namaku sahaja kau kenal. Gadis yang mengatur langkah menapak jalan yang nekad di lalui. Gadis yang membawa sejuta harapan, menyimpan satu impian. Bukan mudah untuk aku melunturkan rasa kasih ini sebagaimana kau lupakan aku kerana sayang, pada hari aku berhenti merinduimu adalah hari aku berhenti mencintaimu.
1 comment:
next..tak sabar nak taw ni.. =)
Post a Comment