Dengan Berbesar Hati..


Gadis Sejuta -EP 4-

 Puan Hazlina tersenyum buat kali pertamanya pada hari itu. beliau juga turut sama mengusik Haikal. “Ini mesti yang bagi awak inspirasi ni Mimi kan?”. Nazrullah dan Jimmy sama-sama menyahut, “dah tahu dah cikgu”. Mereka yang lain sudah tersenyum-senyum. Tania juga sempat mengusik Zaliamimi yang sedang menahan malu. Haikal yang tadinya tersengih bagaikan kerang busuk kini berubah menjadi serius. Sambil tangan kirinya memegang rapi sehelai kertas, dia mulai mendeklamasikan sajak istimewanya itu.

Semalam aku bermimpi,
Hadirnya seorang bidadari,
Mulanya aku tidak kenali,
Namun pabila aku sedari,
Dia lah cinta dalam hati.

            Sepi. Tiada sebarang bunyi ataupun suara yang terhasil. Rakan-rakannya termasuk Puan Hazlina begitu fokus mendengarkan pendeklamasian yang penuh perasaan itu. Di tambah pula dengan kata-kata indah yang tersemat. Zaliamimi terpaku. Dia tidak menyangka bahawa Haikal yang nakal ini mempunyai jiwa yang halus dan pandai pula dia mendeklamasikan sajak. Menyedari insan-insan yang berada di hadapannya kini terpegun dengan ayat-ayat cintanya, dia menjadi panik. Dia hilang kawalan utama sebentar dan cepat-cepat dia mengawalnya. Egonya segera dinaikkan lalu dia menyambung meluahkan kandungan sajaknya tadi.

Matamu…

“Err,,,”, dia berfikir sejenak. Kemudian dia berpura-pura melihat kertas yang sedia dalam genggamannya itu.

Matamu yang bulat umpama serangga,
Yang tidak diketahui asal-usulnya,

            Nazrullah dan Jimmy tergelak tanpa bisa lagi ditahan. Begitu juga dengan Farish Adzim dan Xian Lie. Cepat-cepat mereka menutup mulut masing-masing tidak mahu menganggu pembacaan sajak yang jelas memberi kesan.

Suaramu yang merdu itu,
Umpama sang katak puru yang memanggil hujan,

“Katak puru?!”, marah Zaliamimi kepada Tania yang juga sedang tertawa perlahan. Zaliamimi mulai mengerutkan dahinya. Kenapa teruk sangat bunyi sajaknya ni? Desisnya yang semakin naik darah.

Senyumanmu,
Aku tidak dapat lari daripadanya,
Saat ia menampakkan barisan gigimu,
Aku termati kata,
Mungkin kau lupa,
Atau mungkin kau perlu bercermin.

Bantu lah aku sesiapa pun,
Bangunkan aku dari tidurku,
Kerana kau cintaku,
Kau mimpiku yang paling ngeri,
Sungguhpun begitu,
Kau tetap cintaku yang paling berseri.

            Haikal menghabiskan ayat terakhirnya dengan menghadiahkan senyuman manis kepada Zaliamimi namun dibalas dengan buku lima yang ditunjukkan kepadanya. Menyedari bahawa dia berjaya membuat Zaliamimi marah, dia bertambah suka lalu dia menghadiahkan flying kiss kepada Zaliamimi. Ada yang menepuk kuat tangan sebagai pujiaan terhadap hasil tenaga yang memberangsangkan itu dan ada pula sedang menghabiskan gelak tawa. Puan Hazlina sekali lagi tersenyum. Haikal ini pelajar yang istimewa nyatanya. Zaliamimi mengetap bibirnya. Haikal sudah melampau!

            Haikal kembali ke tempat duduknya. Zaliamimi yang duduk di barisan paling hadapan tidak sudi lagi menoleh Haikal yang bertempat di barisan paling belakang sekali. Sebaris dengan Nazrullah dan Jimmy. Sebaik sahaja rakan mereka itu duduk bersama mereka, mereka segera mendapatinya. Kedua-duanya berebut-rebutkan kertas sajak yang tadinya mencipta gelombang kontroversi yang hebat di dalam kelas 5 Mercury.*

             Pang ! Pintu bilik ditolak kuat oleh Zaliamimi sehingga mengejutkan segala isi rumahnya. Dia menekup mukanya ke bantal dan menjerit sekuat hati. Sebaik sahaja selesai sesi persekolahannya pada hari ini, dia segera balik ke rumah tanpa menghiraukan lagi si adik yang juga turut menghadiri sekolah menengah yang sama. Adiknya itu pun satu, pagi-pagi sudah menimbulkan kemarahannya dan ditambah lagi pertemuan malangnya dengan Haikal. Semuanya terlalu menyesakkan dan hari itu baru sahaja hari pertamanya di sekolah. Bagaimana pula dengan esok, lusa, minggu hadapan…?

“Aaarrhhhh…!”, jerit Zaliamimi semahunya. Geram sungguh dengan sikap Haikal yang sengaja ingin berantakkan dengannya. “Baik, kalau kau mahu perang, aku akan berikan kau perang!”, marahnya sendirian. Kalau lah lelaki itu berada di hadapannya sekarang, pasti dia patah-patahkan tulang belulang Haikal. Itupun kalau dia mampu. Marahnya terbantut seketika apabila terdengar bunyi ketukan lembut dari luar biliknya.

“Mimi sayang? Mimi tak apa-apa ke tu sayang?”, panggil ibunya, Zahra. Bagaikan lipas yang kepatahan kakinya, dia melangkah ke muka pintu dan menguaknya perlahan.

“Ye ma?”, jawabnya sopan. Ibunya yang sudah terpacak di muka pintu itu meluru masuk ke dalam. Dilihatnya beg sekolah puteri sulungnya itu seperti tercampak ke atas tilam. Dia duduk di atas tilam empuk yang berbalut kain kapas bercorak bunga-bunga dan diikuti oleh Zaliamimi.

“Anak mama ni kenapa? Ada apa-apa masalah ke?”, tuturnya sambil membetulkan rambut Zaliamimi yang kusut masai. Zaliamimi juga turut membetulkan rerambutnya kerana dia tidak mahu menjadi terlalu dimanjakan. Memang itulah prinsip yang dipegang kerana dia sedar yang dia mempunyai seorang adik lagi. Dia bukannya anak tunggal untuk dimanjakan sebegitu.

“Tak ada apa mama. Mimi penat je. Mimi minta maaf ma, sebab tutup pintu kuat tadi. Mimi tertolak”, pintanya sambil tertunduk. Menyesal pula dia berkelakuan sebegitu. Pada sangkaannya, Zahra yang dipanggilnya mama itu sedang keluar menghantar gubahannya kepada pelanggan lantaran memang itulah rutin seharian bagi seseorang yang menggubah dulang hantaran dari rumah. Ibunya itu tidak bekerja, hanya surirumah sepanjang masa. Disebabkan terlalu kurang kerja yang dilakukan di rumah, Zahra mengambil keputusan untuk mengambil kursus menggubah dulang hantaran dan kini, dia sudah menerima sambutan yang menggalakkan.

“Mimi marahkan adik ke?”, Zahra cuba untuk meneka. Dia masih ingin tahu kerana jarang sekali anak gadisnya ini marah-marah apabila balik dari sekolah. Namun dia hampa apabila Zaliamimi menggelengkan kepala menafikan tekaan ibunya. Zahra berputus asa. Anak gadis yang sedang membesar kadang-kadang memang rumit untuk difahami. Dengan langkah yang berat, Zahra bangun daripada duduknya dan segera keluar dari bilik yang serba ceria itu. Zaliamimi mengekori langkah si ibu dengan hanya lirikan matanya.

“Kalau ada apa-apa kongsi dengan mama ye sayang?”, ujarnya sebelum menutup kembali pintu yang dibuka. Zaliamimi membiarkan sahaja ibunya berlalu. Dia mengeluh perlahan.*

            Alam semesta yang sudah lama disirami limpahan sinaran sang suria perlahan-lahan kehilangan kecerahannya kerana kini masa untuk sang suria meminta diri untuk memberi cahaya kepada muka bumi yang di sebelah barat pula. Kelihatan sahaja bintang sfera itu tenggelam dari pandangan, para muadzin pun melaungkan seruan bagi seluruh umat Islam yang berada di sekeliling untuk patuh mengerjakan suruhanNya pada waktu yang singkat. Burung-burung yang berterbangan pun pulang ke pangkuan anak-anaknya tetapi manusia pula, masih lagi berkeliaran di mana-mana. Mungkin di antara mereka ada yang sedang mencari jalan pulang dan selebihnya, masih lagi menyahut panggilan tugas dan anak-anak muda pula masih lagi betah duduk di kerusi-kerusi taman permainan perumahan tempat Zaliamimi menetap bersama keluarganya. Zahra yang masih kuat bekerja di dalam dapur memasak bersendirian. Baru dia sedar bahawa anak gadisnya yang sulung masih belum turun lagi dari biliknya bagi membantu dia memasak seperti kebiasaan. Anaknya yang bongsu pula, masih belum balik lagi sejak tamat sesi persekolahan jam dua petang tadi.

            Sedang dia leka memasukkan itu dan ini ke dalam periuk masakannya, kedengaran bunyi pintu utama rumah mereka di buka perlahan dan ada suara yang memberikan salam. Serta-merta Zahra menjawabnya dan kepalanya dikeluarkan sedikit di sebalik dinding dapur yang menghalang pandangannya. Kelihatan suaminya sedang menjinjing briefcase khas untuk para arkitek datang mendekati.

“Anak kita mana?”, memang itulah soalan pertama yang sentiasa diajukan kepada Zahra setibanya Asfi dari pejabat. Anak mereka berdua sahaja kerana itulah rumah mereka sentiasa kelihatan lengang. Zahra mengelap tangannya yang sedikit basah dan berfikir sejenak.

“Mimi dari tadi lagi dalam bilik, abahnya”, jawabnya ringkas.

“Masih tidur lagi?”, tanya Asfi lagi dengan riak wajah yang terkejut. Bukankah sudah tiba waktu maghrib? Mengapa pula anak daranya itu masih lagi lena dibuai mimpi petang? Tapi tidak pula terlintas di fikirannya akan sebarang hal yang luar daripada biasa dialami oleh anak remajanya itu. Pantaslah, seorang ayah manakan peka tentang hal-hal yang berkaitan dengan orang perempuan. Benar bukan? Asfi menggelengkan kepala melahirkan kekecewaan terhadap tingkah laku anaknya.

“Adik pula? Tak nampak pun?”, kali ini Zahra pula yang menggelengkan kepala. Dia benar-benar tidak tahu akan lokasi tepat anaknya pada masa ini. Asfi mengeluh. Jika Zaliamimi itu payah hendak ditegur silapnya, adiknya pula payah kalau hendak dikawal.

            “Subhanallah… ada anak ramai pun susah, anak dua orang pun susah”, katanya sambil mendaki anak tangga yang dibina berbentuk putaran itu. Setiap sudut di dalam kediaman mereka adalah hasil titik peluh Asfi yang merekanya sendiri demi memenuhi kemahuan ibu bapa Zahra dahulu semasa ingin meminang isteri kesayangannya itu. Oleh kerana Asfi bukan lah pilihan sebenar ibu dan bapa Zahra, mereka seperti berat hati untuk melepaskan satu-satunya anak perempuan mereka lalu mereka memberikan dua syarat kepada Asfi jika benar pemuda itu ingin menyunting Zahra menjadi isteri sehidup dan sematinya. Yang pertama, Asfi mestilah memiliki sebuah rumah sebelum mereka berkahwin. Asfi sudahpun memenuhi syarat tersebut bahkan, dia bukan sekadar memilikinya, dia merekanya lalu diberi nama ‘Kediaman Asfizahra'. Yang kedua pula adalah Zahra tidak boleh bekerja kerana dia telah dibesarkan dengan penuh keselesaan dan sebagai bukti bahawa Asfi mampu menyara keluarganya dengan hasil titik peluh sendiri- tanpa bantuan sesiapapun. Kini, Asfi telah berjaya menawan hati kedua-dua mertuanya itu dan telah menganggap mereka seperti ibu dan ayahnya sendiri lantaran orang tuanya yang sudah meninggalkan dunia semasa Zahra mengandungkan Zaliamimi.

Tidak lama kemudian barulah anak perempuannya yang satu lagi muncul di hadapannya. Tanpa berkata apa-apa, laju sahaja dia melangkah naik anak-anak tangga bermozek yang berkilat. Namun langkahnya dihentikan oleh Zahra yang terlihat kepulangannya yang lewat.

“Adik pergi mana? Dah nak malam baru balik?”, ujarnya seperti hendak marah. Tanpa memandang wajah ibunya, dia menjawab, “Adik pergi rumah Dee tadi”.

Why can’t you inform me at least? Don’t you know how worried I am? And you’re a girl for God sake!”, Zahra menjadi betul-betul marah. Berlainan dengan Zaliamimi, Zahra dan anaknya yang bongsu ini memang lancar bertutur bahasa asing itu kerana dahulu sewaktu anaknya itu masih kecil, dia lebih diberi perhatian oleh ‘mummy’nya iaitu ibu kepada Zahra yang memang berbangsa Australia-Canada. Zaliamimi pula lebih akrab dengan datuknya yang memang berdarah melayu jati. Memang padanlah mereka menggunakan bahasa yang berlainan. Datuknya dahulu seorang askar dan oleh kerana itulah bagaimana dia boleh berjumpa dengan anak penjajah yang bekerjasama dengan tentera British dahulu. Sejarah mengenai itu tidak seberapa penting, ia tidak tercatat dalam mana-mana buku sejarah.

 “Alah ma, kan kat sebelah je. What can happened anyway?”, jawabnya lagi merujuk kepada rumah jiran sebelah mereka. Zahra mendengus. Kalau berkomunikasi dengan anak bongsunya sering sahaja menemui kegagalan. Dia teringatkan pula si Zaliamimi. Pasti adiknya tahu sesuatu akan apa yang terjadi kepada Zaliamimi pada hari ini.

Next time, do inform me okay? Or I’ll report it to the police if you’re still not home at this kind of hour, do you get me? By the way, do you know what happened to your sister sayang?”.

“Entah. How should I know?”, jawabnya sambil menoleh ke arah ibunya yang sedang mencekak pinggang. Dari kecil hingga sekarang dia sejujurnya tidak rapat dengan ibunya kerana dia merasakan bahawa ibunya lebih memberikan perhatian kepada si kakak. Dia selalu bertikam lidah dengan ibunya dan apabila ditanya mengapa dia begitu memarahi ibunya, jawapan tetap sama. “You’re not fair”.

“Mcam mana pula adik tak tahu. Kan satu sekolah?”, ujar Zahra tidak berpuas hati.

I don’t know!”, bentaknya sambil menaiki tangga dengan pantas meninggalkan ibunya yang terkebil-kebil di situ. Zahra mengucap panjang sebentar. Apa dosaku kepadaMu Ya Allah sehinggakan anakku sendiri bertindak yang sedemikian? Rintih Zahra dalam hati.

Tok! Tok! Tok! Senyap. Asfi tidak berpuas hati lalu mengetuk lagi pintu bilik Zaliamimi. Percubaan yang kali kedua itu dikuatkan lagi ketukannya. Dia tahu pintu bilik anaknya itu tidak berkunci namun adalah lebih baik baginya untuk menunggu tuan punya bilik untuk membuka pintu itu sendiri. Maklumlah, anak-anaknya kini sudah meningkat dewasa, bukan seperti dahulu sewaktu mereka budak hingusan lagi. Dari selepas mereka berempat makan malam tadi Zaliamimi asyik berkurung di dalam bilik. Adiknya juga satu, leka mendengar radio di ruang bacaan. Asfi yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap mereka berdua yang selalu bersikap dingin sesama diri mengambil keputusan untuk memberi ceramah kesedaran kepada mereka. Ya, mereka perlukan itu.

Kelihatan Zaliamimi menguak pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila rupanya yang mengetuk pintu tadi adalah ayahnya walhal pada tekaannya itu pasti adiknya yang sengaja ingin menganggu. Kerana itulah dia perlambatkan langkahnya bagi membuka pintu.

“Turun kejap, abah nak cakap sikit”, perintahnya tegas. Kemudiaan pandangannya berlabuh kepada anak yang bongsu pula yang dari tadi melihat gerak-gerinya. “And you also”, arahnya lagi.

“Bagitahu abah, apa masalah kamu berdua? Dari awal pagi tadi sampai sekarang buat hal masing-masing. Yang seorangnya terlalu sensitif, makan hati. Yang seorangnya pula tak mahu mengalah. Kamu sedar tak yang kamu tu berdua je. Dah tak ada adik-beradik yang lain. Kalau apa-apa jadi kepada salah seorang daripada kamu, kamu nak cari siapa? Antara kamu juga kan? Mimi, adik? Any word?”, Asfi mulai membebel setibanya mereka di ruang tamu dan mengambil tempat duduk masing-masing di atas sofa empuk. Penat dari tempat kerja belum lagi habis kini ditambah lagi dengan masalah anak-anak. Kedua-dua mereka membisu. Zahra hanya memerhatikan sahaja suami dan dua orang anaknya itu.

She started it first!”, si adik memulakan bicara dahulu. Jari telunjuknya dihalakan kepada Zaliamimi. Zaliamimi mengangkat muka.

“Adik, put down your hand. Was is proper for you to do that to your sister?”, dia pula yang dimarahi. Dia terdiam.

“Mimi, what exactly had happened this morning?” tanyanya khas kepada si kakak. Dia benar-benar tidak tahu menahu perihal pagi tadi.

“Adik bangun lambat. Then, baru nak iron baju. Dah lah first day hari ni. Pagi tadi bertolak lambat dengan mama. Jalan pula dah jammed. Kami sampai lewat kat sekolah tadi. Sekarang ni, nak salahkan orang pula”, sempat lagi dia menjeling kepada adiknya. Si adik pula tidak mahu kalah, membalas kembali jelingan tadi.

            “Were you two grounded or something?”, selidik ayah mereka lagi. Mereka berdua menggelengkan kepala. “There you go! No problem isn’t it? Was it hard for you two to say sorry? Is this the manner that I thought you? Now I want you two to get upstairs and locked in a room. I repeat, in A ROOM. I don’t care how you settle it, but it has to be tonight. Faham anak-anak abah?”, mereka mengangguk lemah. Ayahnya jarang sekali memarahi mereka namun apabila sekali sahaja ada yang membuatkan untuk naik darah, ini lah hasilnya. Denda berkurung dalam sebuah bilik, selalunya bilik Zaliamimi kerana biliknya lebih kemas agar mereka dibiarkan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Berbicara hati ke hati menurut ayah mereka. Tambahan pula, mereka kan sudah pandai menilai baik dan buruk. Pandailah mereka untuk menguruskan persengketaan mereka.

I saw Mimi with a boy this morning at school”, si adik tiba-tiba bersuara membocorkan rahsia
.
What?!”, serentak Zahra dan Asfi separuh menjerit. Mata Zaliamimi terbeliak. Mati lah aku! Desisnya kegusaran.


Hak Cipta Terpelihara

Creative Commons License
Suster Fyza is licensed
Based on a work at secebis-kertas.blogspot.com.