“Aku terima nikahnya…”, hanya tiga perkataan itu sahaja yang mampu ku dengar namun bisanya menyengat terus ke dasar jantungku yang berdegup laju. Suara yang penuh kasih sayang itu cukup ku kenali, menutur rapi bait-bait kata yang pernah ku dengar suatu ketika dulu. Namun keadaannya kali ini ternyata tidak sama. Tidak terasa bahagia di sebalik Qabul itu. Aku semakin hilang dalam alam yang aku cipta, sepi keadaannya.
“Sah?”. “Sah!”, tersentak ku mendengar sahutan ringkas tersebut lalu berderai butiran permata dari mataku. Bercahaya. Namun tidak secerah dahulu. Hanya keredhaan yang terpancar di sebalik deraian suci itu. Bukan keikhlasan. Para hadirin dan jurunikah menadah tangan merafakkan kesyukuran manakala aku menadah sepuluh jari, untuk memohon keampunan.
“Alhamdulillah”, bergema ucapan para tetamu yang hadir.
No comments:
Post a Comment